Tidak lama lagi atau ketika artikel ini sedang ditulis barangkali filem animasi BoboiBoy Movie 2 telah mencatat rekod sebagai filem animasi tempatan yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman mengalahkan pesaingnya, Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal. Sebelum ini, pihak Astro Shaw melaporkan bahawa BoboiBoy Movie 2 telah mendapat kutipan sebanyak RM21 Juta dalam masa 11 hari tayangan manakala filem Upin & Ipin dengan rekodnya sebagai RM25 Juta secara keseluruhan.
Suara Di Sebalik Watak Filem BoboiBoy Movie 2
Disebalik filem BoboiBoy Movie 2 yang masih hangat ditayangkan, ramai peminat tertanya siapakah pemilik-pemilik suara di sebalik watak-watak comel filem animasi ini. Menerusi pelbagai carian, murai.my tampilkan barisan pemilik sebenar watak-watak ini.