Mula diperkenalkan pada tahun 2012, menu Zinger Double Down dari Kentucy Fried Chicken (KFC) sememangnya menjadi kegemaran ramai dan mempunyai peminatnya tersendiri. Namun, peminat sedikit hampa kerana menu ini hanya berada di pasaran buat sementara waktu dan kali terakhir peminat dapat merasai keenakannya adalah pada tahun 2017.

KFC Beri Petunjuk

Setelah mendengar permintaan dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminatnya, KFC Malaysia sekali lagi memperkenalkan kembali menu istimewa ini.

Terdahulu, KFC menerusi laman Twitter, mereka telah memberi petunjuk akan membawa masuk kembali menu ini dengan menjemput beberapa pengguna media sosial itu ke sebuah parti rahsia yang diadakan semalam. Pengguna-pengguna Twitter itu sebelum ini telah menyatakan rasa kecewa mereka yang menginginkan menu ini kembali seperti sedia kala.

Bemula 27 Ogos 

Merealisasikan impian tersebut, menu yang dipenuhi dengan Ayam KFC 3 lapisan terdiri daripada dua ketul ayam Hot&Spicy dan hirisan Ayam serta dilapisi dengan keju dan sos Cheezy Mayo ini akan berada di semua cawangan KFC Malaysia bermula pada 27 Ogos ini. Buat yang berminat, menu ini berharga RM12.90 bagi pilihan Ala Carte.

IKLAN

Bagaimanapun perlu diingatkan, Double Down ini hanya berada di pasaran untuk masa terhad sahaja. Jangan cakap kami tak kongsi khabar gembira ini!