Cuba Nasib Ketengah Bakat Ke Malaysia, Indah Edrea Pilih Hael Husaini?

Indah menyahut cabaran dari peminat yang mahu beliau mencuba lagu rancak dengan menghasilkan sebuah single terbaru yang berjudul Lembaran Baruku.

6

Suara lunak penyanyi Indah Edrea mula menarik perhatian masyarakat Malaysia selepas singlenya berjudul Pergilah Bersamanya berkumandang dalam sebuah drama popular di TV3 bertajuk Jejak Karmila. Siapa sangka drama rantaian yang popular pada tahun 2017 ini menjadi titik permulaan karier Indah di Malaysia dan semakin mekar sehingga hari ini.

Single Terbaru, Lembaran Baruku

Sebagai penyanyi yang biasa dengan rentak yang lebih perlahan, sentimental ataupun lagu cinta, Indah menyahut cabaran dari peminat yang mahu beliau mencuba lagu rancak dengan menghasilkan sebuah single terbaru yang berjudul Lembaran Baruku. Indah kini berada di Kuala Lumpur bersama syarikat Cloudworks Record yang membantu urusan promosinya di negara ini.

IKLAN

Sama seperti sebelumnya, single terbaru ini juga bekerjasama dengan komposer terkenal Bemby Noor.

Sebelum ini, Bemby Noor pernah mengizinkan Indah menyanyikan semula lagu ciptaannya berjudul Jodoh Pasti Bertemu nyanyian asal Afgan. Lagu “Jodoh Pasti Bertemu” versi Indah diinterpretasikan secara berbeza oleh Indah, dengan susun atur musik yang lain solah-olah mendapat sentuhan orkestra.

Single Lembaran Baruku terbitan dan edaran AFE RECORDS ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, KKBox , Deezer, dan juga Joox.

Mahu Bekerjasama Dengan Hael Husaini

Ketika ditemubual secara eksklusif bersama murai.my, penyanyi yang pernah mendapat pengajian di sekolah muzik sejak berusia 7 tahun ini pernah berhasrat mahu bekerjasama dengan komposer dan penyanyi Hael Husaini.

Menurut Indah, dia sangat meminati hasil karya lagu ciptaan Hael, apatah lagi lagu Anta Permana nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza merupakan lagu kegemarannya.

“Jika diberi peluang untuk memilih komposer dari Malaysia, saya teringin untuk bekerjasama dengan  Hael Husaini untuk menghasilkan sebuah lagu. Selain saya meminati setiap lagu yang dihasilkan, saya dapat lihat penulisan liriknya juga sangat dekat dengan masyarakat Indonesia”- katanya

Bekas Graduan Universiti Al Azhar Indonesia

Dalam perkembangan lain, Indah yang merupakan bekas penuntut jurusan Kesusasteraan  dari Universiti Al Azhar Indonesia ini mengakui telahpun menghasilkan sebuah lagu yang ditulisnya sendiri, namun merancang untuk merilis single tersebut pada masa yang sesuai selepas ia siap sepenuhnya. Indah pernah sudahpun terlibat dalam acara peringkat antarabangsa dalam bidang muzik sejak berusia belasan tahun lagi.

Penyanyi berusia 30 tahun ini memiliki pengalaman menyanyi di Koir Olimpik di Busan, Korea Selatan pada tahun 2002 dan Bremen, Jerman pada tahun 2004.