Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Alif Satar Tolak Elemen ‘Banyak Drama’ Dalam Youtube

by Phic ARMAN
September 4, 2019
Share on Facebook

Menjadi seorang YouTuber memang merupakan trend di kalangan orang muda. YouTuber kini merupakan satu profesion yang boleh maraih pendapatan lumayan bagi kebanyakan orang.

Malah ramai juga selebriti tanah air membuat keputusan untuk menjadi YouTuber terus mendapat jumlah tontonan & Subcriber yang tinggi sehingga hari ini.

Antara selebriti yang begitu aktif dengan saluran youtube-nya sendiri ialah pelakon, penyanyi dan pengacara berbakat Alif Satar. Lebih unik, setiap video yang dipaparkan oleh Alif , pasti akan mendapat tontonan tinggi kerana kandungannya yang cukup memberi inspirasi kepada penonton.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Untuk rekod, muzik video lagu Sesungguhnya 2019, hasil kolaborasi Alif dan Raihan antara yang pernah trending nombor satu iaitu sehingga kini mencapai 15 juta tontonan.

Sehingga hari ini saluran Youtube Alif Satar kini meraih jumlah subcriber sehingga 260 ribu dan untuk mencapai ke tahap itu bukanlah hal yang mudah.

YouTube video

Bertanya mengenai rahsia bagaimana Alif dapat menjaga konsistensi kualiti setiap video yang dipaparkan, ini jawapan beliau;

“Saya akan selalu menekankan kepada kualiti dulu untuk setiap kandungan yang dipaparkan. Walaupun tidak mengeluarkan video dengan kerap, tetapi Alif sentiasa pastikan setiap kandungan akan memberi kebaikan kepada penonton. Bagi Alif penonton berhak untuk mendapat kandungan yang terbaik untuk diri mereka” katanya

Menurut Alif, dia menolak elemen-elemen drama dalam video bagi mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi.

“Sebenarnya Alif pun ada tengok video dari Youtuber lain yang ‘banyak drama’ tapi bagi Alif, tidak perlu masukkan elemen-elemen drama dalam video, kalau nak tengok drama boleh tengok di TV. Apa yang Alif harapkan pada masa akan datang, Alif mahu membawa kualiti TV atau lebih baik ke saluran Youtube”- tambah beliau.

Dalam pada itu, Alif menolak dakwaan di mana dia membeli ‘Subcriber’ untuk saluran Youtube nya. Dia berkata, untuk mendapatkan jumlah subscriber yang dimiliki sehingga hari ini mengambil masa yang lama dan tidak sesekali dia membayar untuk menaikkan jumlah subcribers.

Alif ditemui ketika menjadi pengacara majlis pelancaran rasmi label baru jenama Minyak Masak ‘ALIF’ oleh Syarikat Sime Darby Oils semalam bertempat di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Minyak Masak ALIF Kini Berwajah Baharu

View this post on Instagram

A post shared by Sime Darby Oils (@simedarbyoils)

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Teresa Kok di majlis yang turut mempertontonkan tayangan perdana iklan minyak masak ‘ALIF’ yang bertajuk ‘Ladang ke Dapur’.

Melalui konsep ‘Ladang ke Dapur’ (farm-to-table), Sime Darby Oils memastikan agar setiap proses penghasilan minyak masak ‘ALIF’, dari penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyak sawit dan pembotolan produk di kilang, diurus dan dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.

Label baru ‘ALIF’ turut menampilkan logo ‘Sayangi Sawitku’ sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepada aspirasi kempen tersebut yang diperkenalkan oleh kerajaan.Bersempena pelancaran label baharu ‘ALIF’, Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ yang akan diperkenalkan oleh syarikat tersebut pada suku keempat tahun 2019.

Pertandingan secara atas talian ini menawarkan hadiah kepada 20 pemenang bertuah untuk muncul di program ‘ALIF MastaClass Goreng’ bersama dua selebriti terkenal, Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar, sebagai hos program tersebut. Program ‘ALIF MastaClass Goreng’ ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak ‘ALIF’.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara