Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Filem IT Chapter 2 Terlalu Banyak Adegan ‘Extreme’ !

by Khai Azfar
September 6, 2019
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada tahun 2017 kami telah mengklasifikan filem IT sebagai filem paling seram bagi tahun itu. Bagaimana pula dengan sekualnya, IT : Chapter 2 yang mula ditayangkan serentak pada 5 September?

Tidak Sesuai Ditonton Remaja 18 Tahun Ke Bawah 

Bagi kami yang sudah menonton, terlalu banyak untuk ditafsirkan bagi sekual kedua filem seram Badut ini. Pertama, suka untuk kami kongsikan sekali lagi bahawa durasi filem ini bersamaan 2 Jam 50 minit menjadikannya sebagai salah satu filem seram moden yang mempunyai durasi yang paling panjang.

Seterusnya, perlu diingatkan IT : Chapter 2 tidak sesuai untuk ditonton buat remaja di bawah 18 tahun. Selain paparan yang begitu ekstrem, terdapat beberapa adegan ‘dewasa’ dan sensitif disiarkan tanpa tapisan dalam sekual kali ini termasuklah mengetengahkan ise LGBT pada permulaan filem.

Banyak Adegan Throwback 

Berbalik pada ulasan kami mengenai IT: Chapter 2, memandangkan ianya merupakan filem IT yang terakhir, pengarah dilihat seperti terlalu mencuba untuk letakkan segala-galanya di dalam filemnya kali ini. Terlalu banyak throwback, bagi kami memadai jika diselitkan hanya beberapa ketika dan memfokuskan elemen jump scare yang dilihat kurang menyengat tidak seperti siri-siri The Conjuring yang mampu membuatkan anda menutup muka.

Jika dibandingkan dengan filem IT terdahulu, kami lebih gemarkan edisi pertama berbanding sekualnya kali ini. IT yang pertama jauh lebih seram dan pembawakan watak remaja-remaja itu jauh lebih berkesan jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon yang membawa watak remaja tersebut biarpun terdiri daripada pelakon-pelakon popular seperti Jessica Chastain, James McAvoy dan ramai lagi. Biarpun begitu,filem ini ternyata membuatkan ramai terpukau sekaligus menjadi penamat siri Pennywise yang mampu membuatkan penonton berpuas hati dengan durasinya yang agak panjang.

Sinopsis IT : Chapter 2

Merupakan kesinambungan dari filem pertama. Selepas 27 tahun kejadian musim panas 1989 berlaku di Derry, The Losers` Club bersatu kembali selepas musuh utama mereka iaitu Pennywise kembali menghantui bandar tersebut.

YouTube video

Sebelum ini, mereka pernah berjanji untuk kembali sekiranya Pennywise muncul semula, namun kali ini mereka kembali tanpa seorang sahabat mereka yang telah membunuh diri. Biarpun sudah dewasa, namum mereka tetap diganggu dan jauh lebih dahsyat berbanding sebelum ini. Saksikan debaran dan pengakhiran filem ini di pawagam berhampiran anda.

filem itIT Chapter 2review filem it chapter 2sinopsis filem it chapter 2
https://lomp.at/db2j8
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem