Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Mamat Exists Ditahan Polis! Konsert Akan Berjalan Seperti Biasa

by Khai Azfar
September 10, 2019
Share on Facebook

Ketika peminat sedang teruja untuk menghadiri konsert reunion kumpulan Exists, semalam industri hiburan digemparkan dengan perkhabaran berita mengenai salah seorang vokalis kumpulan itu, Mamat yang telah ditahan pihak polis.

Miliki Syabu Dalam Dompet 

Menurut sumber, Mamat ditahan selepas dia bersama rakannya dilihat menunggang motorsikal bersama dan berada dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan pihak polis, mereka berjaya menemui serbuk putih dipercayai dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.Lebih mengejutkan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin bersama rakannya telah disahkan positif dadah selepas menjalani ujian air kencing sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk pemeriksaan lanjut.

Konsert Berjalan Seperti Biasa 

Dalam perkembangan lain, jurucakap Shiraz Projects yang juga penganjur konsert Exists Reunion pada 28 September ini memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dalam waktu terdekat dan konsert itu bakal berjalan seperti biasa biarpun tanpa penglibatan Mamat seperti dirancang. Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama penyanyi itu ditahan polis. Sebelum ini pada tahun 2015 dan 2017, Mamat pernah ditahan akibat kesalahan yang sama.

Error happened.
konsert Exists reunionmamat existsmamat exists Dadah
https://lomp.at/a5pwp
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara