Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Hancurkan Kad Kredit Anda Sekarang! Ini Ganjaran Dari ‘AirAsia Credit Cards’

by Phic ARMAN
September 11, 2019
Share on Facebook

Kad Kredit AirAsia melancarkan kempen “Shred & Fly” di pusat membeli-belah NU Sentral sejak semalam 10 September, menyeru orang ramai untuk memotong kad kredit
mereka yang tidak digunakan untuk mendapatkan penerbangan percuma ke mana-mana 150 destinasi AirAsia!

Kempen “Shred & Fly” adalah sebahagian daripada kempen “Earn BIG Live BIG” yang dilancarkan baru-baru ini oleh AirAsia BIG untuk menggalakkan orang ramai untuk berimpian besar dan melakukan sesuatu yang luar biasa. Dengan ini, “The Shredder” diperkenalkan; mana-mana pengunjung dengan kad kredit yang tidak digunakan dijemput untuk menyahut cabaran untuk memasukkan kad tersebut ke dalam “The Shredder”.

Pengunjung yang memotong kad kredit mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong, kerana mereka akan masing-masing menerima sekurang-kurangnya 3,000 Mata Ganjaran AirAsia BIG sehingga maksimum 100,000 Mata Ganjaran AirAsia BIG, dengan syarat permohonan Kad Kredit AirAsia telah berjaya dibuat.

Mata Ganjaran BIG yang diperolehi boleh digunakan untuk menebus penerbangan percuma
serta pelbagai tawaran pelancongan dan gaya hidup. Kad Kredit AirAsia memberikan banyak manfaat termasuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG  dengan setiap transaksi, naik taraf segera ke status Keahlian BIG Platinum dan tiada yuran tahunan untuk tahun pertama.

Pemegang kad ini juga akan menikmati Hadiah Selamat Datang dan Bonus Suku Tahunan
sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG*. Dengan Kad Kredit AirAsia, Ahli BIG boleh benar-benar #EarnBIGLiveBIG!

“The Shredder” akan ditempatkan di pelbagai lokasi dari 6 hingga 22 September, 2019 dengan pusat membeli-belah Nu Sentral menjadi perhentian pertama (6-8 September 2019) sebelum membuat penampilan seterusnya di Minggu Muzik Malaysia di Dataran Merdeka (14-16 September 2019), dan kemudiannya di pusat membeli-belah MyTOWN (20-22 September 2019).

Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa Kad Kredit AirAsia
adalah cara terpantas untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG untuk menebus penerbangan AirAsia dengan mudah. Pameran bergerak “Shred & Fly” akan memberikan lebih daripada 8 juta Mata Ganjaran BIG secara keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk mendapatkan penerbangan percuma dengan
“Shred & Fly”, layari laman Facebook dan Instagram AirAsia BIG di @airasiabig.

Error happened.
https://lomp.at/8hi6x
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara