Umumnya iPhone 11 secara rasminya telah diperkenalkan oleh Apple. Nampaknya rata-rata rakyat Malaysia sudah mula rasa teruja untuk membelinya. Tak kurang juga yang sudah mengiklankan telefon masing-masing untuk dijual kerana sudah merancang untuk menggantikan telefon yang lama kepada Iphone yang baru.

Dengan 3 pilihan, iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. iPhone 11 dilengkapi dengan 3 kamera dan kos bermula sekitar RM3,399. Tahukah anda bahawa terdapat 5 telefon pintar yang mempunyai kamera seperti iPhone 11?

Jika siri iPhone X, XR dan XS dilengkapi dengan cipset Bionic A12, telefon pintar dengan logo epal ini sekarang dilengkapi dengan Bionic A13. Cipset terbaru ini dikatakan sebagai yang terpantas dalam penjanaannya. Anda akan sistemnya lebih laju apabila anda membuka pelbagai aplikasi termasuk yang berat.

IKLAN

Bagi kamera, Apple nampaknya tidak mahu ketinggalan dengan pesaingnya, iaitu Samsung yang telah lama memasang tiga kamera belakang. Dalam jenis 11 Pro dan Pro Max tiga kamera di belakang juga boleh didapati.

Tiga lensa pada iPhone terbaharu mempunyai kelebihan masing-masing, ada yang luas, ultra lebar, dan telephoto. Ketajaman juga tidak perlu diragui, kerana ia mempunyai resolusi 12 MP.

Melalui laman web rasmi Apple Malaysia telah kongsikan harga jualan rasmi di Malaysia yang bakal dijual bermula 27 September ini. iPhone 11 harganya RM3,399 (64 GB), RM3,599 (128GB) & RM4,099 (256GB). 11 Pro pula dijual dengan harga RM4,899 (64 GB), RM5,599 (256GB) & RM6,499 (512GB). 11 Pro Max berharga RM5,299 (64 GB), RM5,999 (256GB) & RM6,899 (512GB).

Apa pandangan anda? Mahal atau murah? ternyata sedikit mahal jika dibandingkan telefon pintar tiga kamera yang lain iaitu jauh lebih murah daripada iPhone 11.

1Huawei Mate 20

Telefon pintar ini pertama kali dilancarkan pada tahun lepas. Huawei Mate 20 termasuk telefon bimbit kelas premium. Telefon pintar ini terjual dengan harga RM2999. Keunikannya adalah tiga kamera belakang yang sangat berkualiti malah lensa ini disokong oleh syarikat kamera kelas pertama, Leica.

Fungsi tiga kanta Huawei Mate 20 juga sama dengan Apple, iaitu untuk mengambil gambar-gambar yang luas, ultra lebar, dan telefoto.

2Samsung Galaxy A70

Sebelum Apple membawa tiga kamera, Samsung telah pun memanfaatkan teknologi ini untuk masa yang lama. Terutama dalam siri A, produk terkini dari Korea Selatan ini adalah Samsung A70. Selain mempunyai tiga kamera belakang, spesifikasi lain juga sangat hebat. RAM terbenam mempunyai kapasiti 8 GB Snapdragon.

Tiga kamera mempunyai ciri-ciri yang berbeza, kamera utama 32 MP, 8 MP ultra lebar, dan satu depth lense. Untuk membawa telefon bimbit ini, anda tidak perlu menghabiskan wang seharga iPhone 11, kerana Samsung Galaxy A70 terjual dengan harga RM1,999.

3Vivo V15 Pro

Jenama telefon pintar dengan mengguna wajah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini juga tak terkecuali. Vivo V15 Pro masih mendapat sambutan sehingga hari ini yang dijual dengan harga RM 1,899.

Tiga kamera belakang mempunyai resolusi yang sangat besar, kamera utama ialah 48 MP, 8 MP super lebar, dan 5 MP depth lense.

4Oppo R17 Pro

Siri R adalah siri mudah alih premium yang dimiliki oleh Oppo. Boleh dikatakan yang paling canggih untuk Oppo R17 Pro kerana telefon ini mempunyai tiga kamera tetapi fungsi yang berbeza seperti jenama lain. Jika contohnya Samsung dan Huawei hanya terhad kepada luas, ultra lebar, dan telephoto, Oppo mempunyai teknologi yang berbeza.

Di dalam Oppo R17 ini, ketiga-tiga kamera mempunyai fungsi kamera utama dengan resolusi 20 MP, kanta depth sensor 12 MP, dan akhirnya lensa TOF 3D.

Sesungguhnya 3D TOF adalah teknologi baru dalam kanta telefon bimbit. Dengan teknologi ini, telefon bimbit boleh menangkap cahaya dengan baik agar ketepatan warna dapat dimuat dan menghasilkan kesan bokeh yang lebih baik.

5Lenovo Z6

Lenovo juga mempunyai telefon tiga kamera yang tidak kurang hebatnya iaitu Lenovo Z6. Spesifikasi juga sangat sengit, dilengkapi dengan skrin OLED, Snapdragon, dan bateri 4,000 mAH.

Tiga kamera di belakangnya terdiri daripada kamera utama 24 MP, kamera 8 MP kedua tetapi mempunyai keupayaan zoom, dan lensa terakhir mempunyai depth lense 5 MP. Bagaimanapun, kualiti tidak jauh ke belakang dengan iPhone terbaharu.

Anda boleh membawa pulang telefon ini dengan harga RM2,299 bergantung pada kapasiti penyimpanan.

Itulah lima telefon pintar yang telah memasang tiga kamera seperti iPhone 11. Tidak jauh beza hebatnya, ia boleh digunakan sebagai alternatif jika wang anda tidak dapat membeli iPhone terbaru.

(Hmm.. tak sabar nak tengok fenomena orang beratur sampai bermalam kat depan butik Apple! hehe…)