Dunia industri hiburan Bollywood sememangnya diketahui mempunyai barisan artis wanita yang cantik, malah kebanyakannya juga sangat menjaga penampilan dan bentuk badan. Mempunyai badan yang menggoda membuatkan beberapa aktres Bollywood ini merasa yakin dan bahkan berani untuk kelihatan ‘luar biasa’ di hadapan lensa kamera.
Berikut adalah tujuh aktres Bollywood yang berani tampil topless semata-mata untuk menjalani sesi fotografi, seperti yang dilaporkan oleh halaman Movietalkies.com.
Deepika Padukone
Seksi tetapi ada kelas nya tersendiri. Itulah kesan yang muncul dari penampilan Deepika Padukone ini. Walaupun dia tidak berpakaian, pose yang elegan menjadikannya dia kelihatan jelita. Tak mustahil jika dia memasuki senarai artis paling hot di India.
Esha Gupta
https://www.instagram.com/p/BruGISIHkFl/
Selain menjadi model dan pelakon, Esha Gupta merupakan pemenang Miss India International pada tahun 2007. Setelah memenangi acara tersebut, dia diburui pengarah filem di India dan memulakan debutnya dalam sebuah filem yang berjudul Jannat 2 pada tahun 2012.
Dari filem pertama, dia juga termasuk dalam pencalonan Debut Perempuan Terbaik untuk Anugerah Filmfare yang berprestij. Beberapa tahun yang lalu, dia berani memuatnaik gambar aksi berani tak berbaju di Instagram. Walaupun dia dikecam, dia tidak peduli, dan tidak memadam fotonya di Instagram.
Kalki Koechlin
Sama seperti Esha, Kalki Koechlin juga merupakan selebriti Bollywood yang berani untuk memuat naik gambar tak berbaju di Instagram. Sebelum ini Kalki pernah memainkan peranan luar biasa dalam filem ‘Margarita With a Straw’. Dengan gaya lucunya, dia berjaya menjadi bintang yang menjadi sebutan peminat bollywood.
Kareena Kapoor
Kareena Kapoor merupakan bintang Bollywood yang tidak pernah teragak-agak untuk kelihatan seksi. Tetapi penampilannya yang menawan dengan Saif Ali Khan sememangnya menjadikan perhatian ramai.
Pose panas ini diambil untuk poster filem KURBAAN. Sekarang, pasangan ini secara rasmi menjadi suami dan isteri.
Ameesha Patel
Beberapa kali tampil seksi dalam setiap penampilannya di pelbagai Majalah, ternyata kali ini ramai yang tidak menyangka melihat Ameesha Patel dalam foto ini. Dengan hanya memegang bantal menutupi dada, Ameesha Patel berjaya membuatkan ramai yang hilang fokus.
Nargis Fakhri
Model berdarah Pakistan-Czech ini dilahirkan di Amerika. Tidak hairan jika dia mempunyai daya tarikan yang tidak kalah dengan bintang Hollywood. Penampilannya untuk kalendar Kingfisher yang bertemakan kisah dongeng itu juga berjaya mencuri perhatian dunia. Gara-gara penampilan berani nya ini, Nargis Fakhri mula mendapat tawaran untuk berlakon dalam pelbagai filem Bollywood yang terkenal, termasuk Rockstar.
Jacqueline Fernandez
Jacqueline Fernandez merupakan salah satu aktres yang popular dalam dunia bollywood lagi-lagi dengan persembahan yang luar biasa lakonannya dalam filem Kick. Dia merupakan anak perempuan Elroy Fernandez berasal Sri Lanka, dan ibunya Kim, seorang warganegara Malaysia.
Beliau pernah tampil berani tanpa mengenakan baju di majalah Cosmopolitan India sebagai duta jenama untuk Tresemme India.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.