Dua hari yang lalu, pelakon Zarina Anjoulie mengejutkan peminat apabila tampil dengan imej terbaharu nya yang kelihatan tidak lagi berhijab. Lebih mengejutkan, menerusi video yang tular di media sosial Zarina turut memakai baju yang agak jarang sehingga menampakkan buah dadanya dengan jelas.

Zarina Mohon Maaf 

Ekoran itu, pelakon yang popular menerusi drama Anak Pontianak ini menerima kecaman yang hebat apatah lagi dianggap sengaja mencari publisiti untuk memasarkan produk perniagaannya. Akur dengan pelbagai kecaman yang diterima, Zarina menerusi posting terbaharunya memohon maaf kerana berimej sedemikian dan menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka.

Peminat Harap Zarina Berubah 

Biarpun masih terdapat segelintir netizen cuba mengecam tindakan Zarina, namun ada beberapa daripada pengikutnya tetap memberikan semangat buatnya.

IKLAN

Selain itu, mereka mengharapkan agar Zarina terus kuat dan kembali berhijab sebeplum ini. Sebagai rekod, Zarina telah berhijab pada tahun 2016 dan nekad untuk berhijab penuh pada ketika itu.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry