Selepas beberapa posting petunjuk yang dibuat menerusi Instagram rasmi Gegar Vaganza, hari ini menerusi sidang media khas, kesemua peserta Gegar Vaganza bagi musim keenam (GV2019) telah pun diumumkan.

13 Peserta GV6

Menariknya lagi, berbanding tahun-tahun sebelum ini pihak Astro telah mengumumkan penambahan seorang lagi peserta menjadikan ianya seramai 13 orang peserta bagi GV6. Bintang-bintang Gegar Vaganza 6 terdiri daripada :

IKLAN
  1. Sham Visa
  2. Noorshila amin
  3. Naqiu Boboi
  4. Kumpulan Kool
  5. Roy
  6. Feeza
  7. Hady Mirza
  8. Mazleela
  9. Ameer sofarz
  10. Kumpulan One Nation Eemcees
  11. Nurfatima
  12. Wann
  13. Jat Black Dog Bone

Nabil Dan Jihan Muse Kekal Sebagai Pengacara

Selepas lima musim bersiaran, GV musim terbaru ini juga masih mengekalkan pengacaranya sebelum ini, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala untuk pengacara GV live, dikendalikan oleh Fiza Frizzy dan Bell Ngasri.

Lebih menarik untuk musim baru ini, bintang legenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang bakal menggalaskan tanggunghawab bersama dengan Datuk Ramli MS  sebagai juri tetap.

GV6 akan mula bersiaran selama 8 minggu bermula pada 13 Oktober ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

IKLAN