Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Nafi Guna ‘Kabel’, Nora Ariffin Terkejut Alif Johan Sertai Mentor Milenia

by Phic ARMAN
October 2, 2019
Share on Facebook

Kata orang, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Begitulah jika nak diibaratkan bakat yang diwarisi oleh Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, anak kedua penyanyi Nora Ariffin.

Lebih mesra dipanggil Alif Johan, setelah menjalani ujibakat di TV3, dia kini terpilih menjadi salah satu dari 20 peserta yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara musim ketiga yang akan bermula Ahad ini.

View this post on Instagram

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Walaubagaimanapun, Alif yang kini berusia 20 tahun menyuarakan rasa kurang senang terhadap khabar angin mengaitkan penyertaannya dalam Mentor Milenia  menggunakan ‘kabel’.

Alif bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan buktikan kemampuan bakat nyanyiannya di pentas nanti.

“Ramai juga saya dengar orang sekeliling bercakap saya guna kabel sehingga terpilih menjadi 20 peserta teratas, namun saya anggap ini sebagai cabaran dan akan buktikan kemampuan bakat nyanyian saya di pentas nanti “

Alif berkata, dia melalui proses ujibakat seperti peserta yang lain malah ibunya sendiri tidak tahu menahu dia menyertai ujibakat program realiti ini.

https://www.instagram.com/p/B0aGIoEF7Jo/

“saya berminat untuk menyertai program ini selepas melihat iklan di Instagram yang dimuatnaik oleh para Mentor. Kemudian Saya mengambil keputusan untuk menghadiri ujibakat secara diam-diam tanpa pengetahuan ibu. Semasa bagitahu ibu yang Aliff tersenarai dalam Top 20, Ibu terkejut!”

“Saya merupakan perserta yang ke-5 paling awal masuk ujibakat yang berlangsung Sri Pentas 2, Shah Alam. Pemilihan dibuat sama seperti peserta lain hingga terpilih menjadi top 20”- katanya

Penuntut bidang perfileman di UITM ini tidak menolak bakat nyanyian yang dimilikinya di warisi dari kedua-dua ibubapa dan sudah mula meminati bidang nyanyian sejak dari kecil lagi.

Mengikut jejak bapanya yang merupakan seorang komposer terkenal, arwahyarham Johan Nawawi, selain menyanyi Alif juga minat dalam mencipta lagu.

Juri profesional menampilkan Altimet dan Datuk Syafinaz.

View this post on Instagram

A post shared by Mentor Milenia 2019 (@mentortv3official)

Hampir 1400 peserta telah hadir ke uji bakat, tetapi hanya 20 sahaja yang berjaya ke peringkat seterusnya sebelum para mentor memilih dua orang protege setiap seorang. Berbeza dari tahun-tahun yang lepas, Mentor Milenia musim ketiga ini menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor.

Kehadiran kelima-lima mentor berpengalaman dalam bidang seni beserta vokal yang mantap ini pastinya dapat mencuit hati penonton dengan gelagat masing-masing yang sentiasa memberi keceriaan kepada penonton. Sudah semestinya ramai yang ingin melihat keletah pasangan Akim dan Stacy bersaing untuk mengekalkan protege masing-masing di atas pentas Mentor Milenia ini nanti.

Tidak lengkap Mentor Milenia musim ini tanpa pihak juri dan sistem pemarkahan bagi setiap persembahan para protege. Juri profesional pada musim ini ialah Altimet dan Datuk Syafinaz. Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri dan 40% undian awam.

Mentor Milenia dibawa khas oleh penaja utama KFC dan penaja bersama, OPPO A9 2020.

Saksikan Mentor Milenia yang bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM). 

https://lomp.at/ugf4t
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Lokal

“Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang..”-Kamal Adli

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan salah seorang pengguna akaun TikTok yang menggunakan namanya dan memuatnaik klip video...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore