Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Hattan Menangis Nyanyi Lagu Arwah Anak Bob Lokman

by Khai Azfar
October 7, 2019
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Dato Hattan tampil dengan single terbarunya yang berjudul ‘5 Oktober’. Kali terakhir penyanyi ini muncul dengan album adalah pada tahun 2010, Indrawal yang mengandungi 5 buah lagu.

Gagal Menahan Perasaan Sebak 

Ketika di majlis pelancaran single terbarunya itu di pejabat syarikat rakaman Warner Music, Hattan gagal menahan perasaan sebaknya sehingga tidak dapat meneruskan nyanyian lagu 5 Oktober itu.

Gambar sumber : Kosmo

Menurut Hattan, ketika ditemui murai.my usai daripada majlis pelancaran tersebut, lagu itu cukup bermakna dan sangat menyentuh jiwanya kerana ianya mengisahkan mengenai kerinduan penulis lirik lagu itu yang juga pelakon, Bob Lokman kepada anak sulungnya, Mohammad. Adam yang meninggal dunia setahun lalu.

https://www.instagram.com/p/B3M8xnXFSEr/

Jelas Hattan, dia berasa begitu sebak kerana arwah Adam begitu dekat pada hatinya kerana sepanjang hayatnya anak penulis lirik itu membesar di depan matanya.

“Arwah membesar di depan mata saya. Bayangkan saya mendukung dia sejak kecil, dia juga kerap ikut semasa sesi sound check jadi bagaimana saya hendak lupakan arwah,”

Mengagumi Keperibadian Arwah 

Menyifatkan keperibadian arwah yang sangat menghormati orang tua, Hattan berkata dia begitu mengagumi jasa dan pengorbanan arwah yang sentiasa memikirkan tentang ibu dan ayahnya biarpun dia sendiri berada dalam keadaan sakit. Kongsi Hattan lagi, sesi rakaman lagu tersebut juga mengalami kesukaran kerana masih sebak mengenangkan arwah yang baginya cukup baik.

YouTube video

“Semasa rakaman pun banyak kali terhenti. Ketika mahu nyanyi lirik pertama, air mata sudah mengalir keluar. Saya dah terbayang wajah arwah ketika di masjid semasa menguruskan jenazah. Kalau dulu masa kecil saya dukung dia dan bila tengok wajah arwah ketika menguruskan jenazahnya, terdetik di hati dia sudah tiada…”

“Yang air terjun di dalam video muzik itu sebenarnya tempat kegemaran arwah dan kubur itu adalah kubur arwah Adam”

Lagu 5 Oktober mengisahkan mengenai Allahyarham Mohamad Adam yang pergi pada usia 25 tahun akibat ketumbuhan dalam otak. Anak kepada Bob Lokman itu meninggal dunia pada 5 Oktober 2018 selepas pengsan di rumahnya di Sungai Buloh.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
datuk hattanHattan
https://lomp.at/h9i7z
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem