Semalam berita mengenai penyanyi Adira memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu mula mendapat perhatian peminat.

Terdahulu pada 1 April yang lalu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi,28 telah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Datuk Red Enggan Bercerai 

Namun begitu, menurut sumber suami Adira, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red membantah permohonan isteri keduanya itu biarpun Adira terlebih dahulu tetap ingin meneruskan perceraian tersebut.

Prosiding yang sepatunya berlangsung semalam ditangguhkan pada 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan kes perceraian itu.

Syukur Masih Diberikan Peluang 

Sebelum ini, Datuk Red tidak tahu Adira akan memfailkan perceraian malah sempat membuat kenyataan bahawa ianya hanyalah sekadar khabar angin semata-mata.

Hasil pencarian terkini di laman Instagram suami penyanyi ini, dia sempat memuatkan naik gambar mereka berdua sejurus daripada pulang dari mahkamah.

IKLAN

Memanjatkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk terus bersama isterinya itu, Datuk Red akui sebagai manusia biasa dia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan akan menggunakan peluang tersebut sebaiknya demi anak-anak mereka.

Datuk Red dan Adira telah bernikah di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, Asan dan Anggun.