Jika sebelum ini, kejadian seperti ini hanya mampu dilihat di dalam babak filem, kini ianya menjadi satu realiti.Semalam tular di media sosial apabila Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Indonesia, Wiranto telah cedera ditikam oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

IKLAN

Ditikam Di Bahagian Perut 

Menerusi rakaman video yang sempat dirakam, Wiranto telah ditikam di bahagian perut dengan menggunakan sebilah gunting sejurus keluar dari keretanya. Kejadian yang berlaku pada jam 11.50 pagi itu memperlihatkan Wiranto ingin menghadiri sebuah majlis bersama penduduk di Alun-alun Menes, Kecamatan Pandeglang.

Dua Orang Suspek Terlibat 

Dalam kejadian itu, dua lagi termasuk seorang anggota polis dan orang awam turut cedera terkena tikaman gunting dari suspek.Wiranto dikejarkan ke Klinik Menes Medical Center di Pandeglang untuk rawatan awal dan dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Pandeglang untuk rawatan lanjut.

Polis Indonesia dalam satu kenyataannya memberitahu dua orang suspek yang dikenali sebagai Syahril Alamsyah, 31,dan Fitri Andriana Sunarto, 21 tahun telah terlibat dan ditahan pihak polis untuk siasatan.

IKLAN