Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

GV 6: Juri Sifatkan Minggu Kedua Tiada Lagi ‘Belas Kasihan’

by Khai Azfar
October 14, 2019
Share on Facebook

Semalam, tirai Gegar Vaganza musim keenam (GV2019) secara rasminya telah dibuka dengan menampilkann 13 bintang beraksi hebat mengubat kerinduan para peminat yang kini terdiri daripada pelbagai generasi.

Naqiu Penerima Artis Cili Padi Paling Power

Bertemakan Lagu Ke Artis, kesemua 13 bintang GV6 yang terdiri daripada penyanyi solo, duoa dan berkumpulan telah menyanyikan lagu hit mereka yang rata-rata turut dinyanyikan bersama oleh peminat sekaligus menghidupkan suasana yang cukup meriah di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Dalam keseluruhan persembahan pada minggu pertama itu, GV6 itu memberikan perhargaan buat penyanyi paling muda kali ini, Naqiu Boboy sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power sekaligus membawa pulang hadiah istimewa berupa RM3,000 dan bekalan produk Adabi bernilai RM500.

Bagai Peluang Kedua 

Biarpun begitu, sebaik sahaja lagu pada minggu hadapan yang bertemakan ‘Carma’ (Cari Makan) diumumkan, netizen di media sosial mula mempersoalkan tema tersebut kerana hampir kesemua 13 bintang GV 6 sekali lagi memperoleh lagu-lagu hits mereka sendiri untuk dinyanyikan kelak.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria & Ria HD, Emarina Kamal, , tema tersebut dipilih adalah bagi memberikan kelainan pada musim kali ini memandangkan jarang sekali untuk Gegar Vaganza untuk minggu kedua penyanyi diberikan lagu sendiri untuk didendangkan apatah lagi mengubat kerinduan para peminat untuk mendengar semula lagu hits 13 bintang GV dinyanyikan semula pada era kini.

Menurut juri tetap usai ditemui para media pada konsert minggu pertama itu, Datuk Ramli MS dia menyifatkan ini sebagai peluang kedua untuk kesemua bintang ini membuktikan kemampuan mereka yang sebenar pada minggu hadapan.

Tambahnya lagi, kebanyakan daripada mereka seharusnya mengambil peluang ini untuk memperbaiki kelemahan yang ada terutamanya berkaitan dengan vokal memandangkan sudah lama tidak beraksi di pentas yang besar.

“No more excuse, no more halal. Berkaitan dengan tema, saya faham pada minggu pertama lazimnya akan ada pelbagai isu seperti teknikal dan perasaan gemuruh penyanyi apatah lagi membuat kemunculan semula pada peminat selepas sekian lama.

Sebenarnya lagu sendiri lagi berisiko dan saya akan bagi lebih tekanan untuk lagu mereka sedniri apatah lagi ingin melihat lagu itu diberikan kelainan”

Selain Ramli MS, bintang popular Indonesia, Hetty Koes Endang juga dipilih sebagai juri tetap menggantikan tempat Datuk Khadijah Ibrahim dalam musim sebelum ini.

Bagi minggu pertama, ratu rock negara Ella telah dijemput sebagai juri jemputan dan berikut kami tampilkan markah dan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional

Markah Penuh Peserta GV6 Minggu Pertama

  1. Jatt Ali – Cahaya Aidilfitri & Khayalan (84.67%)
  2. Hady Mirza – Angkasa (74.33%)
  3. Wann – Bossanova (74.33%)
  4. One Nation Emcees – Anak Kampung (73.67%)
  5. Sham Visa – Dalam Gerimis (73.33%)
  6. Roy – Ratnaku (66.33%)
  7. Nurfatima – Selembut Sutera (62.33%)
  8. Naqiu Boboy – Episod Cinta (61%)
  9. Ameer Sofazr – Janjiku (59%)
  10. Feeza – Ungkapan Kata Bernafas Cinta (56.67%)
  11. Kool – Bebas (55.33%)
  12. Noorshila Amin – Rambu Ramba (54%)
  13. Mazleela – Tabah (46.67%)
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Gegar Vaganza 2019Gegar Vaganza 6GV6
Share3Tweet2SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’
Musik

Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’

by Phic ARMAN
January 29, 2023
Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023
Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival
Lokal

Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival

by Aphit J.
January 28, 2023
Konsert KERISPATIH Dengan Sammy Simorangkir Di KL, Februari Ini
#ApaPlan

Konsert KERISPATIH Dengan Sammy Simorangkir Di KL, Februari Ini

by Phic ARMAN
January 10, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan