Sejak tirai Gegar Vaganza 2019 (GV6) pada minggu lalu, peminat mula mengimbas kembali kenangan masa lalu bersama peserta-peserta GV kali ini termasuklah salah seorang peserta lelaki GV6, Sham VISA.

Sham Kembali Selepas 13 Tahun 

Siapa sangka, selepas lama menghilang dalam industri hiburan, Sham kembali mengubati kerinduan peminat. Mendendangkan lagu hits VISA suatu ketika dahulu, Dalam Gerimis dalam konsert minggu pertama seluruh auditorium turut bernyanyi bersama apatah lagi lagu tersebut cukup popular sehingga ke hari ini.

IKLAN

Menurut Sham atau nama sebenarnya Rohisham Hashim, 47 ketika ditemui murai.my usai membuat persembahan dia cukup terharu dan tidak menyangka bahawa penonton akan turut menyanyikan bersama lagu tersebut.

Jelasnya lagi dia sudah tiga belas tahun tidak membuat persembahan dan ini adalah benar-benar kemunculan pertamanya sejak memilih untuk bekerja di pelantar minyak.

“saya tidak perasan sebenarnya apa yang terjadi dihadapan dan waktu itu saya hanya fokuskan pada nyanyian, kembalikan balik nostalgia lagu itu sebaik mungkin.

Saya tidak sangka mereka akan turut bernyanyi bersama saya, memang sangat berterima kasih dan berbesar hati”

Punyai Strategi Sendiri 

Kongsi Sham lagi, sebenarnya dia sudah dilamar oleh pihak produksi untuk sertai GV sejak lima musim yang lalu namun masih tidak bersedia kerana ingin memfokuskan pada kerjayanya.

Dalam perkembangan lain, mengenai persembahannnya pada minggu ini Sham akan mendendangkan satu lagi lagu hits nya yang berjudul Untukmu Selamanya mengikuti tema yang ditetapkan, Cari Makan.

Mengenai perancangan persembahan, dia akan cuba membuat satu kelainan pada lagu tersebut namun dalam masa yang sama masih akan mengekalkan ‘jiwa’ lagu itu. GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

IKLAN