Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

DASHING Bakal Bawa 6 Pemenang Bertuah Ke Italy Untuk Bertemu Pemain Juventus

by Zaidin Albert
October 18, 2019
Share on Facebook

Siapa saja yang tak kenal dengan jenama penjagaan diri popular di Malaysia, DASHING. Terbaru mereka telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan kelab bola sepak Eropah yang terunggul; Juventus.

Rata-rata rakyat Malaysia pasti mengagumi kelab bola sepak ini. Manakan tidak, Juventus telah bangkit menjadi salah satu kelab yang terulung di dalam liga bola sepak Itali. Lagi-lagi kehadiran Cristiano Ronaldo dikatakan telah meningkatkan nama kelah ini  sejak bergabung tahun lalu.

Dengan kelebihan pemain-pemain yang berbakat tinggi dan dikagumi oleh seluruh peminat bola sepak di serata dunia, Juventus sejak 122 tahun yang lalu sehingga kini telah berjaya mempertahankan tradisi kejuaraannya.

DASHING & JUVENTUS

Apa persaman DASHING dan JUVENTUS sebenarnya? Seperti yang dijelaskan oleh  ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia En. Krishnamurthy Sriram, bola sepak merupakan sebahagian besar daripada kehidupan lelaki rakyat Malaysia.

Setiap pemain Juventus melambangkan semangat sepasukan, kebersediaan untuk saling menyokong juga kreativiti yang tinggi untuk menggapai kemenangan – kualiti yang sama dengan Jejaka DASHING

Tambahnya lagi, dengan adanya kerjasama ini, DASHING bakal membawa keajaiban kepada kelab bola sepak Juventus yang sangat dikagumi, dan menjadikannya tersedia untuk peminat-peminat tegar di Malaysia melalui rangkaian produk dandanan lelaki. Ini menjadikannya satu permulaan baharu dalam sejarah 25 tahun DASHING sebagai jenama penjagaan peribadi pilihan unggul untuk jejaka Malaysia. Ini juga merupakan gabungan dua juara yang tidak boleh dipertikaikan- Juventus dan DASHING.

Kerjasama ini bakal menjamin Kelab Juventus akan lebih mesra bersama peminat dalam arenanya melalui pemasaran produk yang berjenama bersama yang akan dilancarkan pada tahun 2020. Pada masa yang sama, DASHING turut menawarkan pelanggannya dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan selari dengan perkembangan semasa dan sejarah milik Bianconeri.

Selain kempen pengiklanan dan promosi publisiti menyeluruh 360 darjah, kerjasama ini akan menyaksikan pelancaran pelbagai rangkaian penjagaan peribadi lelaki kolaberasi DASHING bersama Juventus pada Mac 2020.

Ianya merangkumi produk seperti semburan wangian, deodoran, sabun mandian badan dan penjagaan rambut. Produk- produk edisi terhad ini akan dijual dengan POSM yang dihiasi Bersama jersi rasmi pasukan hitam dan putih di seluruh kedai dalam negara.

DASHING Bakal Bawa 6 Pemenang Bertuah Ke Italy Untuk Bertemu Pemain Juventus

Stadium Allianz

DASHING juga akan memilih 6 orang pemenang bertuah untuk merasai pengalaman hebat bola sepak yang tidak ternilai berpeluang mengeksplorasi bandar Turin di mana para peminat ini boleh menyaksikan pasukan mereka secara langsung di Stadium Allianz – tuan rumah Juventus dan bersua muka bersama pemain-pemain idola mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @urassayas (IG)
Kecantikan

Kulit Wanita Thailand Sentiasa Cantik & Mulus, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu!

by Nurul A.
November 8, 2026

Tak kiralah aktres, penyanyi atau wanita tempatan, kalau kamu lihat wanita Thailand kan, memang gebu, mulus dan cerah saja kulitnya....

Read moreDetails
Diet tembikai, perut kempis buncit
Tips

Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

by Nurul A.
November 23, 2026

Nasihat MURAI, sebelum lakukan diet ini pastikan kamu rujuk dan tanya pendapat pakar kamu ye. Tahun 2026 hampir menemui penghujungnya....

Read moreDetails
The Weeknd
LifeXplore

Nak Elak Barang Dirampas Di Pintu Masuk? Jom Semak Checklist Konsert The Weeknd!

by Nurul A.
October 29, 2026

MURAI yakin ramai peminat The Weeknd tidak sabar menantikan tarikh 4 dan 5 November ini. Mana taknya, inilah satu-satunya peluang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  4. 4

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara