Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

[VIDEO] Fazley Yaakob Buat Kejutan Hari Lahir Untuk ‘Rider’ GrabFood

by Khai Azfar
October 30, 2019
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Entah mengapa suka untuk kami gambarkan selebriti Dato’ Fazley Yaakob sebagai ‘Ellen DeGeneres Malaysia’ yang terkenal dengan sikapnya yang sering beri kejutan dan membuat ramai orang terharu dengan sikapnya.

Fazley Buat Kejutan

Ini termasuklah mengenai sebuah kejutan yang dibuat oleh chef selebriti itu kepada seorang penghantar makanan (rider) Grabfood yang dikenali sebagai Ustaz Along.

Sebelum ini, kisah mengenai Ustaz Along tular di media sosial kerana keinginannya untuk bergambar bersama ketika menghantar makanan kepada Fazley. Biarpun begitu kerana ingin mematuhi prosedur syarikat (SOP), hasrat tersebut terpaksa dilupakan. Namun siapa sangka, hasil penularan kisah mengenainya Fazley telah membuat sesuatu yang tidak diduga dengan menghubungi syarikat Grab Malaysia untuk membantu bertemu dengan Ustaz Along.

Hadiahkan Kek Buat Ustaz Along

Memandangkan hari lahir pemuda yang berusia 25 tahun itu baru sahaja berlalu, Fazley dan kakitangannya di Sukasucre Bistro telah menyiapkan sebiji kek hari lahir buatnya. Bukan itu sahaja, Fazley turut membuat kejutan dengan menghantar sendiri kek tersebut kepada Ustaz Along.

“Bila dah jumpa tadi, dia sangat ‘nervous’ kerana yang dia mahukan hanyalah selfie, tapi saya datang sendiri bawa kek buat beliau. (Dia siap minta peluk lama sikit tadi haha!.

Apa yang lebih menarik ialah saya juga baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan jurusan keagamaan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi_,”

View this post on Instagram

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Di kesempatan itu, Fazley turut mengambil kesempatan dengan mendedikasikan ucapan penghargaannya buat semua penghantar makanan yang sudi bertungkus lumus menghantar pesananan makanan pelanggan tanpa mengira sebarang waktu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
fazley yaakob
https://lomp.at/lutq5
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem