Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Saya Nampak Bayangan Arwah Achik” – Naqiu Gagal Kawal Perasaan

by Khai Azfar
November 4, 2019
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, peserta Gegar Vaganza musim 6 (GV6) Naqiu Boboy antara peserta kegemaran ramai dalam program realiti itu apatah lagi sejak awal persembahan minggu pertama sering kali menduduki kedudukan 5 yang teratas.

Naqiu Kali Pertama Di Kedudukan Ketujuh

 

Namun, pada persembahan minggu keempat Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib,33 dilihat sedikit kecundang daripada kebiasaan apabila sekadar menduduki kedudukan ketujuh daripada 11 peserta dengan perolehan markah sebanyak 63%. Malah juri tetap GV6, Datuk Ramli MS turut menganggap persembahan Naqiu pada minggu ini hanya sekadar biasa sahaja. Dalam minggu ini yang bertemakan Haa Tepuk, Naqiu telah mendendangkan duet hits Gurauan Berkasih bersama Siti Nordiana.

Sebak Dari Awal 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai persembahannya, Naqiu ketika ditemui Murai.my berkata dia gagal menahan perasaan sebak dan sedih yang tidak terhingga dari awal hingga ke akhir persembahan. Malah disaat ditemubual bersama media, Naqiu sekali lagi mengalirkan air matanya.

Menurut Naqiu,saat muncul diatas pentas dia seolah-olah ternampak bayangan penyanyi asal lagu itu, Allahyarham Achik Spin yang juga sahabat baiknya disaat awal pembabitan mereka di dalam industri muzik.

“kalau anda perasan, saya ada toleh ke belakang kerana enggan melihat klip gambar arwah, tetapi saya terlupa di belakang pun terdapat skrin yang paparkan klip tersebut terus  saya cakap saya tak boleh teruskan..”

Tambah Naqiu, ketika itu dia hampir gagal membuat persembahan namun demi Allahyarham Achik, rakan duetnya Siti Nordiana serta seluruh peminat mereka dia tetap meneruskannya.

Menurut vokalis kumpulan Boboy ini kejadian menangis ketika membuat persembahan seumpama itu adalah kali kedua terjadi dalam hidupnya.Naqiu turut mendedahkan dia pernah menangis kerana teringatkan pada arwah ibunya yang telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun yang lalu.

“Terus terang, kami bukanlah kawan baik dan tidak pernah keluar sekalipun hanya sekadar berjumpa di belakang pentas ketika membuat persembahan. Tetapi segala impak yang dibawa kepada saya..dia buat saya macam ini.. dua jam saya duduk dengan saya.. dua jam jugalah saya akan asyik ketawa”

Akan Bangkit

Tidak patah semangat begitu sahaja, Naqiu berjanji pada minggu hadapan dia akan bangkit buat yang terbaik demi semua peminatnya.

“saya betul-betul semangat. Pada minggu hadapan, anda akan nampak saya dalam satu sisi yang lain. Insyallah”

Dalam konsert kelima bertemakan Curhat (Curahan Hati), Naqiu akan mendendangkan lagu dari kumpulan Wings, Di Ambang Wati.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Gegar Vaganza 2019Naqiu BoboyNaqiu menangis
https://lomp.at/enxji
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem