Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Aliff Syukri Terima 5000 Penyertaan Untuk Sertai Akademi A-Comel

by Khai Azfar
November 6, 2019
53
KONGSIAN
Share on Facebook

Mengimbas kembali fizikalnya yang lalu, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan inspirasi buat netizen di luar sana. Siapa sangka, disebalik fizikal terkini yang segak kelihatan, suatu ketika dahulu Aliff pernah mempunyai badan yang agak berisi dan mencecah sehingga 112 kilogram.

Lancar Akademi A-Comel

Ekoran itu, Aliff nekad melancarkan sebuah program realiti berbentuk kesihatan menerusi saluran YouTube nya yang dikenali sebagai Akademi A-Comel.

Jelas usahawan itu, dia berasa terpanggil untuk membantu mereka yang tergolong dalam kelompok obesiti dan ingin menguruskan berat badan secara komited namun berasa malu kerana sering kali diperli masyarat.

“Kenapa saya buat Akademi A-Comel ini sebab saya melihat ramai yang berbadan comel nak pergi gym, buat exercise tetapi selalu dihina orang so mereka malu. Jadi bila ada akademi ini, mereka akan berkumpul dan yakin dengan diri sendiri untuk lebih semangat”

Terima 5000 Penyertaan

Menurut Aliff, sebelum ini dia telah menerima sebanyak 5000 penyertaan daripada orang ramai namun hanya 13 peserta dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Tambahnya lagi, antara kriteria tersebut adalah mereka yang mempunyai berat badan 100 kilogram ke atas dan ‘boleh berhadapan dengan kamera’ .

Tidak menolak program ini sebagai salah satu medium untuk memperkenalkan produk terbaharunya, bagi Aliff ianya bukanlah dipromosikan secara langsung sebaliknya niatnya hanya ingin membantu merealisasikan impian mereka

“Minimum peserta adalah 100 kilogram dan setakat ini maksimum berat badan peserta 300 kilogram. Dekat sini, kita upah 24 jam trainer dan chef untuk memantau mereka. Dalam 3 bulan ini ada pelbagai aktiviti namun pada setiap minggu akan ada penyingkiran berdasarkan undian secara online”

Tidak mengenakan sebarang bayaran kepada kesemua peserta, sebaliknya Aliff dan rakan penajanya telah menaja segala perbelanjaan sepanjang 3 bulan program ini akan berlangsung.

Habis Lebih Dari RM1 Juta 

Malah ketika ditemui Murai.my, Aliff turut mendedahkan dia telah menghabiskan hampir lebih dari 1 juta untuk perbelanjaan program ini.

Bukan sahaja akan merealisasikan impian mereka untuk kurus, pemenang juga tidak akan pulang dengan kosong kerana akan memenangi hadiah utama berjumlah RM15,000.

Program Akademi A-Comel akan bersiaran selama tiga hari seminggu pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat menerusi YouTube Terlajak Laris.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
akademi A-Comeldatuk seri aliff syukri
https://lomp.at/j41fv
Share26Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem