Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Wani Dedah Pesanan Aliff Syukri Yang Ramai Tidak Tahu

by Khai Azfar
November 8, 2019
848
KONGSIAN
Share on Facebook

Beberapa bulan yang lalu, remaja ini yang dikenali sebagai Wani pernah menjadi tumpuan netizen selepas masalah berat badan yang dihadapinya sebelum ini telah didedahkan oleh usahawan selebriti terkenal, Dato Sri Aliff Syukri. Namun begitu, usahawan yang kini penyanyi ini dikecam gara-gara dikatakan menggunakan perkataan ‘budak gemuk’ untuk merujuk kepada Wani.

Nekad Bantu Wani 

https://www.instagram.com/p/B13HbM4nrXf/

Tidak mengendahkan kecaman daripada netizen, sebaliknya Aliff nekad untuk membantu Wani menyelesaikan masalah berat badannya sehingga sanggup membawa remaja yang berusia 22 tahun itu di Pahang bertemu dengan pakar. Terdahulu, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani ingin meminta bantuan dari idolanya itu untuk membantunya dalam menurukan berat badan selepas mengalami masalah yang agak serius sehingga tidak mampu berjalan dan menguruskan dirinya.

Wani Serta Akademi A-Comel 

https://www.instagram.com/p/B4fGXlmppig/

Selepas membawa berjumpa dengan pakar, Aliff sekali lagi berazam untuk membantu Wani dengan ‘membawanya’ masuk ke dalam Akademi A-Comel bersama 12 peserta yang lain dalam misi menguruskan berat badan. Menurut Wani ketika ditemui Murai.My di sidang media majlis pelancaran akademi itu, dia berasa begitu semangat setelah dibantu Aliff dan gembira kerana dapat melihat dunia setelah sekian lama hanya mampu duduk di rumah ekoran dari masalah yang dihadapinya.

“Saya datang ke sini dengan bantuan dengan Dato (Aliff Syukri). Dato yang datang ambil di Pahang dan saya gembira dapat tengok dunia luar cuma saya masih belum dapat sesuaikan diri dekat akademi ini sebab masih baru”

Malah sejak diperkenalkan oleh Aliff, dia mendapat begitu banyak kata-kata semangat kepadanya apatah lagi jumlah pengikutnya di laman Instagram kini turut mencecah 11 ribu penangan dari usahawan itu.

[VIDEO] "Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga" - Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Nafi Aliff Cuba Memalukan Dirinya 

https://www.instagram.com/p/B4jkeHgJR6A/

Menafikan bahawa Aliff cuba memalukan dirinya, sebaliknya bagi Wani usahawan itu begitu baik dengan dirinya malah sering kali memberikan kata-kata semangat jauh bertentangan dengan tanggapan netizen sebelum ini.

“Dato okay masa dia datang jumpa saya dia banyak bagi kata-kata semangat macam ‘tak apa, biarlah orang cakap apa pun saya akan tetap membantu awak. Biarlah orang cakap awak gemuk atau apa sekalipun buktikan kepada orang yang awak boleh berubah'”

Sebagai info, Program Akademi A-Comel akan bersiaran selama tiga hari seminggu pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat menerusi YouTube Terlajak Laris.Pemenang bukan sahaja akan merealisasikan impian mereka untuk kurus malah akan turut memenangi hadiah utama berjumlah RM15,000.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aliff syukriWani Comel
https://lomp.at/jk4wb
Share385Tweet193SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem