Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Bermula Minggu Depan Mungkin Ada Dua Penyingkiran”- Produksi Gegar Vaganza 2019

by Khai Azfar
November 11, 2019
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Usai konsert minggu kelima Gegar Vaganza 2019 (GV6), ini bermakna tinggal lagi tiga minggu sahaja lagi sebelum juara bagi edisi kali ini diumumkan.

Lebih mengejutkan, minggu ini juga telah diumumkan tiada penyingkiran akan berlaku sekaligus menyelamatkan Nurfatima yang buat pertama kali berada di kedudukan terbawah dengan perolehan markah sebanyak 50%.

Sudah Dirancang 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu penyingkiran, mewakili pihak produksi Gegar Vaganza Emarina Kamal yang juga Pengurus Saluran Astro Ria & Ria HD pihak mereka sememangnya sudah merancang lebih awal mengenai tiada penyingkiran yang berlaku dalam mana-mana minggu sepanjang GV6 berlangsung.

Maka minggu kelima telah dipilih bagi keputusan tersebut bagi mengekalkan ritma program itu sama seperti musim-musim terdahulu. Biarpun begitu, dia juga tidak menolak bahawa bermula minggu hadapan peminat bakal dikejutkan dengan dua penyingkiran peserta akan berlaku sebelum GV6 melabuhkan tirainya pada 1 Disember depan.

Senarai Markah Penuh Minggu Kelima

Bertemakan CurHat, minggu kelima menyaksikan Naqiu Boboy ‘membalas dendam’ dari minggu kelepas apabila diumumkan sebagai penyanyi yang mendapat kedudukan teratas dari 10 bintang GV.

Bagi Wann pula, penyanyi ini berjaya meraih anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang penapis air beralkali ringan Cuckoo Excel bernilai RM3,700. Berikut kami tampilkan kedudukan dan markah penuh bagi minggu ini :

  1. Naqiu Boboy (80%)
  2. Jatt (79%)
  3. One Nation Emcees (73%)
  4. Roy (72%)
  5. Wann (71%)
  6. Hady Mirza (61%)
  7. Noorshila Amin (59%)
  8. Sham VISA (53%)
  9. Feeza (52%)
  10. Nurfatima (50%)
Gegar Vaganza 2019Gegar Vaganza 6
https://lomp.at/pnjy8
Share10Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Indonesia

King Nassar Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 31 Julai Ini

by Naddy Joe
May 4, 2026

Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu malam penuh gemilang dengan sentuhan pop fusion apabila penyanyi terkenal Indonesia, Nassar, membawakan konsert yang...

Read moreDetails
Lokal

Konsert For You Nourul Bakal Penuh Kejutan, Lagu Istimewa Dirakam Semula

by Naddy Joe
May 13, 2026

Tiada yang lebih menimbulkan rasa teruja buat seorang penghibur yang telah lama tidak beraksi di panggung lalu ‘bermesra’ dengan peminat...

Read moreDetails
Indonesia

Peterpan Umum Barisan Artis Jemputan Bakal Kongsi Pentas Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
May 15, 2026

“The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita” bukan sekadar membawa lagu-lagu lama kembali ke atas pentas, tetapi meneruskan sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adam Nuqris Ukir Bab Baharu Dengan ‘Alasan’

by Naddy Joe
May 4, 2026

Dalam era digital yang pantas melahirkan bakat baharu, hanya segelintir yang mampu melangkah keluar daripada ruang viral dan benar-benar membina...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara