Fanatik yang membawa padah! Itulah yang terjadi buat seorang wanita yang malang, Donne Dojoy apabila dia telah ditikam sehingga mati oleh suaminya sendiri.

Mati Kerana Hritik Roshan 

Menerusi laporan media antarabangsa, Donne ditemui mati di rumahnya di Amerika Syarikat dipercayai kerana suaminya cemburu dengan hobinya yang begitu meminati bintang Hollywood terkenal, Hrithik Roshan.

IKLAN

Pernah Diugut Bunuh

Menurut rakan mangsa, Donne pernah menceritakan kepadanya suaminya pasti akan menjadi cemburu dan meminta dia untuk menukar siaran yang lain setiap kali menonton filem atau mendengar lagu Hrithik di rumah mereka.

Lebih menakutkan, suaminya itu sering kali memukul sehingga pernah mengugut untuk mebunuhnya namun kerana terlalu sayang, Donne menganggap perkara seumpama itu bukanlah sesuatu yang serius.

Suami Bunuh Diri 

Berdasarkan laporan polis, suspek telah menghantar satu pesanan ringkas kepada adik isterinya dengan memaklumkan bahawa dia telah membunuh mangsa serta turut memberitahu kunci apartment rumah mereka berada di bawah pasu.

Namun selepas menikam isterinya suspek telah bertindak dengan membunuh dirinya sendiri apabila mayat lelaki tersebut ditemui tergantung di sebuah pokok berhampiran rumahnya.