Penyanyi yang juga bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Lo telah dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan selepas dia didakwa di atas dua pertuduhan semalam.

Hadapi Dua Pertuduhan 

Menurut sumber, pertuduhan pertama dia telah didakwa melakukan pencerobohan dengan memasuki sebuah rumah kediaman di Bangsar Park, Brickfields pada 10 malam, 30 Oktober yang lalu mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

IKLAN

Manakala atas pertuduhan kedua dia dikatakan telah memasukkan dadah jenis ‘methamphetamine’ dalam badannya. Jason didakwa melakukan kesalahan tersebut di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di Jalan Travers , Brickfields pada 5.15 petang, 15 November lepas.

Atas pendakwaan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama dia boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah seliaan pegawai pemulihan tidak kurang dua tahun dan maksimum tiga tahun.

Mengaku Tidak Bersalah

Jason bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sai.Terdahulu, Jason pernah ditahan di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu namun dia menegaskan kejadian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kesalahan dadah.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda