Joe dan Anthony Russo, yang merupakan 2 pengarah untuk beberapa filem Marvel seperti Captain America: Civil War dan Avengers: Endgame akhirnya buka mulut mengenai kritikan Martin Scorsese mengenai filem-filem superhero.

Martin Scorsese

Pengarah veteran yang baru saja merilis filem The Irishman menyatakan bahawa panggung wayang sudah dikuasai oleh filem Marvel yang mencipta pengalaman taman tema, yang bermakna ia lebih kepada perjalanan yang menyeronokkan daripada mempunyai pengalaman sinematik yang sahih.

IKLAN
Joe dan Anthony Russo

Kenyataannya juga disokong oleh beberapa penggiat filem yang lain seperti Francis Ford Coppola dan Roland Emmerich. Seperti yang dilaporkan oleh The Hollywood Reporter, Russo Brothers memberi ulasannya mengenai kritikan dari Martin Scorsese.

“Sesungguhnya, kita mendefinisikan pawagam sebagai tempat Menyajikan filem yang dapat menyatukan orang untuk memiliki pengalaman emosi bersama-sama,” kata Joe Russo.

Russo Brothers membesar bersama-sama dengan filem-filem pelbagai genre, termasuk art house films. Mereka sering menghabiskan berjam-jam membincangkan manfaat filem yang mereka tonton.

“Ketika kami melihat Avengers: Endgame, kami tidak melihatnya sebagai kejayaan dalam soal kewangan,” tambah Joe Russo.

“Kami melihatnya sebagai kejayaan dalam membawa emosi .”

Russo Brothers telah menampa nama dengan baik sekali melalui Captain America: The Winter Soldier. Kejayaan dalam membawa sekuel Captain America ke tahap yang berbeza memberi peluang untuk diberi kepercayaan untuk bekerja dengan Civil War, Infinity War,dan Endgame.