Barangkali filem Joker akan dinobatkan sebagai ‘film of the year’ pada tahun ini yang mana lakonan Joaquin Phoenix sebagai Arthur Fleck ataupun Joker benar-benar memukau dan mendapat pujian daripada penonton seluruh dunia.
Mahu Teruskan Sekual Tanpa Watak DC Yang Lain
Terbaru, menurut sumber antarabangsa pengarah filem tersebut, Todd Phillips mengesahkan Arthur Fleck bakal kembali dalam sekualnya yang kedua.
Lebih menggembirakan peminat, Joaquin turut dikekalkan memegang watak tersebut dan masih ingin mengekalkan konsep filem yang hanya menceritakan mengenainya tanpa pembabitan watak DC yang lain.
Mahu Joker Jadi Watak Penjahat Paling Popular
Namun begitu, dalam masa yang sama Todd masih menimbangkan untuk mengenegahkan watak karakter DC yang lain untuk diketengahkan.
Sekiranya terlaksana kelak, peminat bakal melihat Joker sebagai watak penjahat paling popular sama seperti yang diingikan oleh pengarahnya.
Sebagai rekod, Joker masih lagi hangat ditayangkan di pawagan dan telah mengutip hampir USD1 billion seluruh dunia sekaligus menjadi antara filem keluaran Warner Bros dan DC yang paling berjaya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.