Pada 25 April yang lalu, pelakon Ariff Aziz telah mengesahkan bahawa sudah bercerai dengan penerbit popular, Datuk A.Aida selepas 10 bulan mendirikan rumahtangga. Akui tiada lagi persefahaman, kedua-duanya kini redha dengan perceraian tersebut dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.
Sudah Ada Pengganti?
Terbaru bagi Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz,30 dia dilihat sedang intim dengan seorang gadis luar negara apabila pelakon itu memuatnaik foto dan video bersama menerusi laman Instagram nya. Malah seperti menguatkan dakwaan tersebut, terdapat sekeping foto mesra diantara mereka berdua yang turut dimuatnaik.
Jadi Tanda Tanya
Melihatkan pada posting tersebut, beberapa persoalan dari rakan dan peminat telah diajukan kepada Ariff mengenai wanita tersebut yang dikatakan sebagai teman wanitanya.
Biarpun begitu, tiada penjelasan lanjut dari Ariff malah pelakon tersebut sekadar membalas komen secara berseloroh. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat pelakon kacak ini!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.