Thursday, December 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Saya Akan Kongsikan” – Neelofa Buka Mulut Spekulasi Berkahwin Pada 2020

by Khai Azfar
November 29, 2019
93
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti popular yang juga usahawan terkenal, Neelofa akui terkejut tatkala diajukan pertanyaan mengenai spekulasi bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada tahun 2020.

Nafi Kahwin Dalam Masa Terdekat 

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor,30 dia menafikan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan seperti yang diperkatakan peminat malah turut tertanya akan sumber berita tersebut.

Biarpun begitu, jelas Neelofa dia akui sememangnya tahun 2020 akan adanya majlis perkahwinan di sebelah keluarga namun ianya merupakan majlis perkahwinan adik lelaki dan beberapa orang sepupu terdekatnya.

“Mana ada saya bertunang atau berkahwin pada tahun hadapan. Macam mana isu ini boleh timbul? Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu. Cuma apa boleh saya kongsikan adik lelaki dan sepupu sebaya yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan”

Tidak Akan Berahsia

Tidak menolak faktor umurnya mencecah 30-an antara punca mengapa spekulasi tersebut hangat diperkatakan, Neelofa berkata dia sama sekali tidak akan merahsiakan mengenai siapakah yang bertakhta dihatinya seandainya bakal berkahwin kelak.

“Mungkin sebab umur saya sudah mencecah 30 tahun menyebabkan ramai yang buat spekulasi. Tiada sebab untuk saya berahsia mengenai kehidupan peribadi. Kalau ada seseorang yang bertakhta di hati, saya akan kongsikan. Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok. Andai bakal melangkah ke fasa baharu saya akan kongsikan kepada khalayak ramai”

Neelofa ditemui Murai.my di majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi bersama jenama antarabangsa Giuseppe Zanotti di Pavilion, Kuala Lumpur pada petang Khamis. Sebagai info, pengacara MeleTOP itu merupakan selebriti pertama di Malaysia dan kedua di Asia yang dipilih jenama antarabangsa itu yang mempunyai koleksi kasut khas buat para penggemar fesyen.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER neelofaNeelofa Kahwin
Share41Tweet22SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terima Kasih Kerana Berani Menerima Cinta Daripada Lelaki Yang….”-Adam Sinclair

  2. 2

    [VIDEO] Ustazah Asma Harun Terkejut Dengar Umur Noorkhiriah!-“Ustazah Doakan Saya Lagi 3 Tahun Nak Masuk…”

  3. 3

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  4. 4

    Hutang Dan Tak Bayar Nafkah Bekas Isteri Punca Penceraian, Kisah Silam Suami Baru BCL Tiko Dibongkar

  5. 5

    Mimi Lana Buka Mulut Hubungan Dengan Syafiq Kyle Dan Menjelaskan Video Tular Makan Bersama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes