Insiden Peserta Top 20 Dewi Remaja 2019, Farzana Zainul yang tersungkur sebanyak tiga kali di atas pentas ternyata memberikan pelbagai persepsi kepada netizen terutamanya pujian buat gadis yang berani ini.

IKLAN

Titip Kata Semangat 

Bukan sahaja tular, malah turut menarik perhatian ramai selebriti terutamanya mereka yang lahir dari program realiti ini. Salah seorangnya adalah pengacara terkenal, Neelofa. Menurut bekas Dewi Remaja 2009/2010 ini, apa yang dilakukan oleh Farzana atau lebih dikenali sebagai Zaza adalah sesuatu yang cukup bermaruah.

Pujinya lagi, dengan tindakannya seperti itu dia percaya Zaza akan cemerlang pada masa hadapan selain mengucapkan selamat maju jaya buatnya.

Akibat Lubang 

Terdahulu, menerusi temubual bersama murai.my, Zaza menjelaskan terdapat lubang kecil pada pentas itu yang menjadi punca mengapa dia boleh dia terjatuh.

Jelasnya, kesan kecederaan yang dialaminya ketika itu juga menyebabkan dia terjatuh beberapa kali tidak lama kemudian selepas gagal menahan sakit. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Zaza kerana tidak berjaya untuk menempatkan dirinya sebagai 12 finalis Dewi Remaja 2019. Apa pun selamat maju jaya Zaza!