Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[VIDEO] “Saya Tak Rasa Akan Dapat Pun”- Aina Abdul Sebak

by Khai Azfar
December 2, 2019
Share on Facebook

Menepati ramalan ramai peminat sebelum ini, penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Sumpah melengkapkan senarai 12 buah lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) pada tahun hadapan.

Permulaan Semula Aina 

Berasa bersyukur dan terharu kerana impiannya sejak mula terbitnya lagu ini untuk mara ke AJL tercapai, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abd Ghani menyifatkan kejayaan ini adalah permulaan semula untuk kembali lebih aktif di dalam industri muzik.

“Terima kasih kerana memberi saya peluang. Saya tahu saya masih baru dan penyanyi-penyanyi lain adalah senior dan mereka ibarat guru saya. Terima kasih banyak”

Tidak Sangka Impian Tercapai 

Ketika ditanya perasaannya saat lagu Sumpah diumumkan sebagai lagu yang terakhir yang layak ke AJL34, penyanyi berusia 26 tahun redha seandainya dia tidak berjaya di dalam “senarai 12” itu. Malah dia turut tidak menyangka dia akan berjaya dan hanya menyedarinya ketika melihat peminat bersorak-sorak namanya.

“Saya tak rasa saya akan dapat pun. Sebab itu ketika saya melihat kakak dan peminat-peminat saya bersorak-sorak nama saya, barulah saya tahu saya berjaya ke AJL34. Alhamdulillah,” katanya dalam nada sebak.

Sebagai info, Aina memulakan karier seninya di dalam rancangan Mentor 2014 yang mana protege kepada Ella ini berjaya menjadi naib juara dalam program realiti itu. Selain Sumpah, Aina turut giat mempromosikan single terbaharunya di dalam Bahasa Inggeris berjudul Ghost.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abdulAJL34
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  4. 4

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara