Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Anak Oksana Voevodina, Ismail Diugut Bunuh

by Khai Azfar
December 5, 2019
238
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi sumber media antarabangsa, bekas ratu cantik Moscow Rihana Oksana atau nama lainnya Oksana Voevodina mendakwa dia menerima sebuah ugutan ancaman untuk membunuh anak kesayangannya, Tengku Ismail Leon Petra.

Bersembunyi Di Sebuah Lokasi 

Dedah media tersebut, Rihana telah membuat satu laporan berkenaan ugutan tersebut dan turut meminta perlindungan dari pihak polis selepas rakannya memberi amaran bahawa anaknya yang berusia enam bulan itu kini berada dalam keadaan bahaya.

Dikhabarkan Rihana kini telah berpindah dari rumah nya di Rusia dan bersembunyi di sebuah lokasi lain yang dirahsiakan.

Malah dia turut diminta untuk tidak mendedahkan segala perihal apatah lagi bersama pihak media.

Ancaman tersebut diterima Rihana selepas dia dihubungi oleh seorang wanita misteri menerusi bapanya.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, Rihana telah menghantar rakannya sebagai wakil untuk bertemu dengan wanita tersebut.

Hasil pertemuan tersebut yang turut dirakam, Rihana mendedahkan wanita itu telah memberi amaran supaya memikirkan kesan tindakannya yang mendedahkan pelbagai kisah sebenar dan berhenti bercakap dengan media.

Lantik Peguam 

Dalam pada itu, Rihana telah melantik peguam terkemuka Ivan Melnikov untuk mengendalikan kesnya yang berada dalam siasatan polis mengikut Artikel 144 Kod Jenayah Rusia seperti dilaporkan dua akhbar negara itu, Russia Today dan Komsomolskaya Pravda.

Sebagai rekod, kemelut rumahtangga Rihana bersama bekas suaminya masih lagi menjadi isu hangat apatah lagi wanita Rusia itu turut mendakwa anaknya merupakan hasil perkahwinan mereka sebelum ini biarpun diragui statusnya.

anak rihana oksanaRihana Oksana Gorbatenko
https://lomp.at/gdn9m
Share110Tweet54SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem