Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Miss Universe 2019 : Malaysia Menang Best National Costume!

by Khai Azfar
December 9, 2019
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun tular seketika mengenai insiden Miss Universe Malaysia,Shweta Sekhon yang jatuh tergelincir di atas pentas peragaan Miss Universe 2019 di Tyler Perry Studios, Atlanta, Georgia baru-baru ini,  namun ratu cantik ini kembali bangkit buktikan segalanya.

Cipta Sejarah 

Ini kerana, buat pertama kali dalam sejarah perwakilan dari Malaysia telah berjaya memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan iaitu ‘Best National Costume’ yang diumumkan sebentar tadi.

https://twitter.com/MissUniverse/status/1203854071607808000

Sebagai info, pada tahun ini, baju ataupun kostum kebangsaan Malaysiate telah direka oleh Carven Ong. Memetik artikel Murai.my terdahulu, pakaian ini diilhamkan dari ‘Budaya Peranakan’ atau Baba & Nyonya yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Seberat 27 Kilogram 

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Menariknya lagi, selain memakai persalinan songket bersama sayap batik nyonya.Shweta turut dikelilingi hiasan manisan dan kuih traditional tempatan seperti onde-onde, kuih koci, ang ku, kuih talam, kuih lapis, kuih sago dan telur merah yang turut dilengkapi dengan bakul siah.Menurut Carven Ong, busana seberat 27 kg itu memerlukan waktu tiga bulan untuk menyiapkan busana ini yang dinamakan sebagai ‘The Indulgence Peranakan’.

Tersalah Sebut Pemenang 

Biarpun begitu, di saat pengumuman pemenang bagi kategori ini terdapat kontroversi yang timbul melibatkan perwakilan dari Malaysia dan Filipina. Sewaktu diumumkan, prompter dan hos itu sendiri, Steve Harvey telah menyebut nama Miss Universe Philipine, Gazini Ganados sebagai pemenang.

Namun sebaliknya atas faktor tertentu Shweta muncul merangkul anugerah berkenaan. Terdahulu, insiden yang hampir sama berlaku apabila Steve telah tersalah menyebut nama pemenang bagi Miss Universe 2015, Miss Colombia Ariadna Gutiérrez yang mana pemenang sebenar adalah Miss Philippines Pia Wurtzbach. Apa pun tahniah Shweta kerana telah berjaya mencipta sejarah baharu buat Malaysia!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
best national costume 2019miss universe 2019miss universe malaysiaShwetajeet Kaur Sekhon
Share29Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara