Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Tahniah! Majlis Pernikahan Eizlan Yusof Berlangsung Meriah

by Khai Azfar
December 13, 2019
58
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahniah diucapkan buat pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof yang selamat bernikah dengan suri hati piihannya Natasha Rosa Boudville semalam dalam sebuah majlis tertutup yang cukup meriah!

Sekali Lafaz

Sebelum ini, Eizlan enggan mendedahkan wajah Natasha kerana ingin memperkenalkan isterinya kepada umum sewaktu hari pernikahan mereka. Dalam majlis pernikahan itu, Eizlan sah bergelar suami kepada wanita yang berusia 29 tahun itu dengan hanya dengan sekali lafaz yang dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) iaitu Tuan Haji Mohd Ajib Ismail.

View this post on Instagram

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

Dikhabarkan majlis yang berlangsung di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya sekitar jam 3.30 petang semalam telah disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, kenalan rapat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Diarak Menaiki Bot 

Menariknya mengenai majlis pernikahan pelakon itu, sebelum bermula Eizlan telah diarak menyeberangi tasik Marina Putrajaya menaiki bot diiringi pegawai tertinggi dan bersekutu APM. Sebagai info,Natasha sudah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu dan menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran sebanyak RM12,121.90.

Malah Natasha turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas pula dengan tujuh hantaran dari pihaknya. Pada hari ini, mereka akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat diucapkan buat Eizlan dan Natasha dari kami di Murai.my!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/90y14
Share32Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem