Drama bersiri Ombak Rindu The Series baru sahaja ditayangkan di laman penstriman iFlix setelah 8 tahun mencuri fenomena menerusi filemnya terdahulu. Menariknya lagi mengenai drama ini ianya menampilkan kesemua pelakon baharu termasuk dibintangi oleh Izara Aishah yang memegang watak sebagai Izzah.

Cedera Ketika Penggambaran 

Di sebalik lakonan yang meninggalkan kesan emosi kepada penonton, Izara mendedahkan bahawa dia telah mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran drama itu. Dedah Izara menerusi laman Twitter nya, terdapat kesan lebam yang teruk pada mata dan bahunya malah giginya juga turut terkesan akibat daripada penggambaran tersebut.

IKLAN

Tambahnya lagi, meskipun mengalami kecederaan dia harus meneruskan penggambaran sehingga terpaksa disolek tebal bagi menutup kecederaan tersebut.

Lumrah Seorang Pelakon 

Jelas menantu kepada penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza itu, dia menganggap kecederaan tersebut adalah lumrah susah payah bergelar seorang pelakon. Rata-rata pengikut berasa marah dan turut tertanya dengan sikap produksi yang diihat seperti tidak bertanggungjawab.

Namun menurut Izara pihak produksi iaitu infinitus dan pihak iFlix menjaganya dengan baik apatah lagi turut membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry