Pada Sabtu minggu lalu, suasana sedih menyelubungi keluarga Azian Mazwan Sapuwan apabila anak keempatnya,Mohamad Aqil Zulkarnain,20 telah meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya pada 22 November lalu. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 Putrajaya.

Akui Rindu Arwah Anak 

Menerusi posting terbaru Azian di laman Instagram nya, meskipun berasa sedih namun dia redha dengan pemergian arwah anak kesayangannya. Titip nya lagi, disaat menyiram air di pusara Allahyarham dia tidak mampu menahan perasan rindu terhadapnya apatah lagi terbayang memandikan arwah ketika masih kecil.

IKLAN

“Cuma saat menyiram pusaramu mama tewas, terbayang memandikan dia waktu kecil dan rupanya itu kubur anak aku.

“Ada batu nesan nama anak aku… Lima anak lelaki, mama kehilangan seorang. Alhamdulillah jenazah mu diangkat oleh adik-adik dan abang-abang mu di samping saudara yang lain.

Ucap Terima Kasih 

Di kesempatan itu, bintang Gegar Vaganza 2015 ini turut mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang membantu menguruskan dan permudahkan urusan pengkebumian arwah anaknya. Malah dia turut merakamkan penghargaan buat pihak hospital yang menjaga arwah anaknya dengan baik sepanjang ditempatkan disana.

View this post on Instagram

Kematian itu pasti..Tapi itu semua Rahsia Allah SWT.. Semasa menjaga,melawat,bercakap dgn dia di katil wad..sbg seorang ibu saya nampak perkataan 'pergi & redha' tetapi cepat2 saya padam..saya yakin dia akan sembuh. Tp di hari2 terakhir hati saya menjerit 'jgn tinggalkan mama Aqil'😭😭..mulai saat itu hati mula berkata (wlaupun samar2) seakan payah, kata kalau yg terbaik unt dia ialah 'pergi' aku kena Redha..kena bersedia.. Saya mula membaca ayat2 suci berkenaan memudahkan beliau..allahuakhbar (menggigil bila ingat semula saat itu).. Tenanglah Aqil di sana..rehat ye sayang. Doa mama tidak pernah putus buatmu.. Cuma saat menyiram pusaramu mama tewas,terbayang memandikan dia waktu kecil & rupanya itu kubur anak aku😭😭😭..ada batu nesan nama anak aku😭😭 5 ank lelaki..mama kehilangan seorang. Alhamdulillah jenazahmu diangkat oleh adik2 & abg2 mu di samping saudara yg lain.. Jutaan terima kasih kepada semmmuaa pihak yg sama2 menguruskan dan permudahkan urusan pengkebumian arwah anak saya..ada yg dtg & tersedia tanpa pengetahuan saya..Terima kasih🙏. Alhamdulillah,rezeki Aqil. Semoga Allah SWT melipat gandakan rezeki kalian semua.. Tak lupa kpd yg mendoakan, mngirim mesej & yg datang melawat dr jauh dan dekat & terutamanya Doktor2, nurses & staff nurse di ICU Hospital Serdang katil 13 dan ICU Hospital Selayang katil 9 ..Terima kasih dr kami sekeluarga kerana menjaga arwah ank saya dgn baik.. Al Fatihah buat Mohd.Aqil Zulkarnain (09/10/1999-16/12/2019).

A post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann) on

Sebelum ini, Allahyarham telah dibius dan diletakkan dalam keadaan koma untuk rawatan kerana mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan. Salam takziah buat Azian sekeluarga dari kami di Murai.my