Melengkapkan senarai selebriti yang berpisah pada 2019 adalah pasangan Hollywood terkenal, Channing Tatum dan Jessie J selepas setahun menyulam cinta sebagai kekasih.

Sudah Berpisah Sebulan Lalu 

Menurut laporan antarabangsa, Channing dan Jessie telah berpisah pada bulan lalu namun tidak mendedahkan punca perpisahan mereka. Biarpun begitu, kedua-duanya telah berpisah secara baik dan akan terus berkawan. Malah hubungan mereka juga disifatkan sebagai sesuatu yang menyeronokkan biarpun tidak menemui persefahaman sebagai seorang kekasih.

IKLAN

Berpisah Secara Baik 

Hubungan cinta mereka mula dihidu oleh media pada Oktober tahun lalu selepas Channing telah bercerai dengan bekas isteri, Jenna Dewan pada penghujung 2017. Channing dan Jenna telah berkahwin selama 9 tahun dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dikenali sebagai Everly,6 tahun. Kini Channing menetap di Los Angeles untuk bersama anaknya manakala Jessie pula telah memilih England untuk mengembangkan karier nya.