Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Gundala Pelengkap Filem Indonesia Wajib Tonton 2019

by Khai Azfar
December 23, 2019
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Di Indonesia, filem superhero pertama mereka, Gundala telah beraksi cemerlang bagi tahun ini.

Naskah yang diadaptasi dari karakter komik karya Harya “Hasmi” Suraminata yang diterbitkan oleh Jagat Sinema pada tahun 1969 ini telah berjaya memperoleh beberapa anugerah Festival Film Indonesia 2019 menerusi kategori Pengarah Sinematografi Terbaik (Ical Tanjung), Penata Efek Visual Terbaik (Abby Eldipie) dan Penata Suara Terbaik (Khikmawan Santosa, M. Ikhsan & Anhar Moha).

Berjaya Membuatkan Penonton Bertepuk Tangan 

Kini, Gundala mempertaruhkan nasib di Malaysia apabila filem ini akan mula ditayangkan pada 26 Disember ini di seluruh tanah air.

Kami di Murai.my berkesempatan untuk menjadi yang terawal menonton Gundala di majlis tayangan dan sidang media filem ini pada minggu lalu. Pada mulanya kami agak risau untuk meletakkan harapan menontonnya sekiranya ianya indah khabar dari rupa.

Sengaja kami tidak melihat segala trailer mahupun ulasan terdahulu kerana ingin menulis secara jujur bagi filem Gundala.

Setelah menontonnya, terus terang kami menyukai filem ini! Biarpun pada permulaan Gundala agak meleret kerana menceritakan asal usul wataknya, namun di saat pertengahan sehinggalah pada penghujung filem ini berjaya membuatkan penonton menepuk tangan usai selesai tayangannya.

Dengan kesan CGi yang dilihat tidak terlalu mencacatkan jalan filem serta penjiwaan setiap watak dan aksi dalam Gundala berjaya membuatkan para penonton fokus menontonnya.

Filem Indonesia Wajib Tonton 2019 

Secara keseluruhan suka untuk kami gambarkan Gundala sebagai filem Indonesia yang wajib tonton bagi tahun ini.Sehingga ke naskah ini, kesemua hasil karya Joko Anwar jarang sekali mengecewakan.

Pastikan anda duduk dan tunggu sehingga ke pengakhiran filem ini kerana terdapat ‘post-credit’ yang akan membuatkan anda berasa ‘wow’ dan ternanti-nanti sekualnya pada masa akan datang.

Sinopsis Gundala

Filem yang dibintangi oleh Abimana Aryasatya, Tara Basro, Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto,Muzakki Ramdhan da pelakon dari Malaysia, Bront Palarae ini mengisahkan mengenai Sancaka yang hidup di jalanan sejak kecil setelah ditinggalkan oleh ibu-bapanya. Kesulitan hidup membuatkan Sancaka sering memikirkan bagaimana dia harus bertahan untuk meneruskan kehidupan.

YouTube video

Ketika keadaan semakin buruk, Sancaka perlu memilih untuk hanya melindungi dirinya sendiri atau bangkit menjadi pahlawan membantu mereka yang ditindas.  

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Gundalareview filem Gundalasinopsis filem Gundala
https://lomp.at/vmlin
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem