Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Paling Popular Dekad Ini ! 6 Usahawan Selebriti Terus Luaskan Empayar

by Khai Azfar
December 31, 2019
129
KONGSIAN
Share on Facebook

Suatu ketika dahulu, kebanyakan selebriti mahupun usahawan kedua-duanya terpisah berkembang mengikut ‘niche’ masing-masing. Namun kini tidak lagi. Ini kerana kebanyakan selebriti telah bergelar usahawan yang berjaya begitu jugalah sebaliknya sehingga ada diantara mereka yang mencipta populariti dan kejayaan menerusi pencapaian tersendiri.

6 Usahawan Selebriti Terus Luaskan Empayar

Sebagai penutup 2019, Murai.my senaraikan 6 usahawan selebriti yang telah berjaya meluaskan empayar masing-masing yang dikira atas pelbagai faktor. Ketepikan segala gosip yang ada, ini kerana setiap daripada figura ini punyai cara tersendiri dan menjadi ikutan ramai atas kejayaan mereka. Malah sehingga ke hari ini mereka masih dengan perniagaan masing-masing apatah lagi turut mengharapkan agar pada dekad baharu yang akan bermula tidak lagi memberikan lembaran besar buat mereka. Semoga terus sukses!

Datin Vivy Yusof

Bukan sahaja dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya, malah Datin Vivy Sofinas Yusof atau lebih mesra disapa sebagai Vivy turut mencipta nama sebagai antara selebriti Malaysia Berhijab Paling Bergaya. Sesuai dengan ‘title’ nya sebagai pengasas bersama FashionValet dan pengasas The dUCk Group, ada sahaja gaya kreatif yang ditunjukkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.

View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Kisah perjalanan Vivy dalam meluaskan perniagaannya bukan sahaja menjadi bualan ramai, malah pernah dijadikan sebagai ‘case study‘ dalam soalan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Lebih membanggakan, pada 26 Mei 2019, beliau dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ingin mencontohi figura beauty with brain? Ini adalah contoh yang terbaik!

Dato Seri Siti Nurhaliza

Bercakap mengenai penyanyi kesayangan ramai, Dato Seri Siti Nurhaliza rasanya tidak perlu dikupas dengan lebih mendalam kerana semua sedia maklum mengenai kejayaan Siti sejak dari awal pembabitannya.

Bermula dengan karier seni sehinggalah kini memiliki syarikat kosmetik sendiri, SimplySiti usahawan popular ini terus melebarkan sayapnya. Pada Ogos lalu, satu lembaran baharu buat Siti dan seluruh ‘pasukannya’ apabila produk SimplySiti secara rasminya berada di Indonesia  dan dikhabarkan menerima sambutan yang cukup mengalakkan. Antara pencapaian lain yang diterima Siti pada dekad ini adalah

  • 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100MIYE)
  • Wanita Paling Diminati di Malaysia menerusi YouGov
  • Artis Paling Banyak distrim di Spotify
  • Tourism Icon of The Year
  • 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia (2016-2019)
  • Rangkul 4 Anugerah Dalam AIM 22

Dato Seri Aliff Syukri

Individu ketujuh yang mencipta pendapatan paling banyak menerusi laman YouTube pada 2019, Dato Seri Aliff Syukri terus mengembangkan perniagaannya yang pelbagai. Bermula dengan rangkaian produk D’Herbs, kini Aliff turut memiliki beberapa perniagaan lain seperti bidang perhotelan, restoran, perabot dan banyak lagi. Bermula dengan kepayahan hidupnya suatu ketika dahulu, Aliff ‘bangkit’ mencipta peluang dan memberikan yang terbaik buat keluarganya.

Aliff Syukri Palace adalah bukti kejayaannya dalam bidang perniagaan apabila sebuah rumah agam berkeluasan 1 ekar dan memuatkan 30 buah bilik ini telah selamat didirikan.

https://www.instagram.com/p/B6QOI7npvWU/

Selain perniagaan, Aliff turut memiliki beberapa buah single termasuk duet terbaharu bersama isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida yang berjudul Haruman Syurga yang didedikasikan khas buat cahaya mata kelima mereka, Raudhah Arshiyah yang lahir pada 19 Disember baru-baru ini.

Dato Seri Vida

Jutawan kosmetik popular, Dato Seri Vida juga telah mengangkat nama dan imej wanita di dalam dunia perniagaan. Punyai ‘kelas’ tersendiri, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman turut melakar nama sebagai seorang penyanyi menerusi dua single nya, I Am Me dan Lavida Raya.

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Untuk rekod, single I Am Me telah mencipta fenomenanya tersendiri sehingga jadi sebutan di beberapa buah negara asing.

Selain mengusahakan rangkaian perniagaannya, nampaknya anak perempuan Vida yang dikenali sebagai Cik B turut mengikut jejak langkah dalam bidang ini apatah lagi projek ‘mega’ nya Cik B Vaganza Food Fest 2019′ telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Nur Sajat

Di sebalik kontroversi yang melanda usahawan ini, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat juga tidak kurang hebatnya dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Selepas mengusahakan perniagaan bengkung yang cukup popular, pelantun Makhluk Penggoda ini turut memiliki sebuah kedai emas di Shah Alam.

Khabarnya usahawan ini bakal membuka sebuah lagi cawangan kedai emas di selatan tanah air. Imbas kembali beberapa fakta mengenai Sajat,antaranya dia telah membeli sebuah banglo mewah dari Aliff Syukri yang mana rumah itu dikhabarkan bernilai lebih dari RM11 Juta!

Azmi Zainal (Boss Susu)

Biarpun baru dikenali ramai di dalam industri hiburan, nampaknya Azmi Zainal berjaya meraih populariti hasil tajaan syarikatnya, Farm Fresh menerusi program Gegar Vaganza 2019 (GV2019). Sikapnya yang sering merendah diri antara dipuji ramai sebagai kekuatan mengapa syarikat susu miliknya mampu meningkat naik dengan mendadak.

Memetik artikel Nona, siapa sangka, bermula dengan jualan di pasar malam kini Farm Fresh kini memiliki jualan ratusan juta ringgit setahun disamping beribu ekar ladang di Malaysia dan Australia.

Walaupun ‘Boss Susu’ kini antara figura yang popular pada dekad ini, Azmi enggan mendabik dada dan akan terus memberikan yang terbaik untuk dicontohi generasi kini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Anak Siti Nurhaliza, Afwa Doa Ibu Dapat Kereta Baru Raih Perhatian Ramai!
aliff syukriazmi zainalboss susunur sajatsiti nurhalizavidavivy yusof
https://lomp.at/o8oor
Share52Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem