Friday, April 19, 2024

Hilangkan Tekanan Dengan Menunggang Kuda di Taman Ekuestrian Putrajaya

39
KONGSIAN

Apabila menyebut mengenai aktiviti berkuda sudah pasti ramai yang mempu­nyai persepsi bahawa aktiviti riadah itu hanya mampu dilakukan oleh golongan berada.

Namun hakikatnya, sesiapa sahaja boleh melakukan aktiviti tersebut berikutan banyak pusat ekuestrian diwujudkan yang menawarkan harga berpatutan.

Baru-baru ini, penulis turut berkesempatan mengunjungi Taman Ekuestrian Putrajaya bagi mendalami sendiri pe­ngalaman dan keseronokan aktiviti berkuda.

Menunggang Kuda di Taman Ekuestrian Putrajaya

Menariknya di sini menempatkan kuda-kuda yang dimiliki oleh orang-orang yang ternama seperti Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin.

Taman ekuestrian ini semakin popular selepas menjadi arena acara ekuestrian bagi kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang lepas.

Di Taman Ekuestrian Putrajaya, anak-anak pasti teruja untuk melihat kuda secara dekat dan cuba menunggangnya. Kalau serius ingin belajar menunggang kuda, anda boleh mendaftar kelas-kelas yang diajarkan oleh tenaga pengajar profesional dengan harga yang sangat berbaloi.

Waktu Operasi Dan Bayaran Joy Ride

Bagi mereka yang ingin menunggang kuda, di sini Mamable ingin berkongsi bayaran untuk ‘Joy Ride’ ini.

Dewasa – RM15.00 harga bersih
Kanak-kanak – RM10.00 harga bersih

Waktu operasinya ialah pada hari Selasa hingga Ahad – 4.30 petang hingga 6.30 petang bertempat di area ‘paddock’.

Pada hari-hari tertentu, pengunjung juga boleh menonton perlawanan polo berkuda antara kelab terkemuka dalam dan luar negara secara live. Banyak lagi aktiviti yang ditawarkan di sini antara tempahan untuk sesi fotografi bersama kuda di taman ekuestrian yang dikenakan bayaran dari RM250-RM300 untuk tempoh sejam dan banyak lagi.

Untuk maklumat dan info lanjut sila hubungi 019-9307794 atau email ke enquiry@tep.my

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI