Pernah menyandang gelaran Miss Trans World Thailand pada tahun 2019, Trithippnipa Thippaphada yang kini dikenali dengan nama ARM, pernah mencetuskan kontroversi setahun selepas meraih mahkota tersebut.
Miss Trans World Thailand 2019 Kembali Jadi Lelaki
Untuk makluman, nama Trithippnipa menjadi bualan ramai selepas dia mendapat perhatian kerana kecantikannya yang sangat menawan, setanding dengan wanita transgender Thailand lain seperti Nong Poy dan Yoshi Rinrada Thurapan.
Namun siapa sangka, selepas beberapa tahun menjadi wanita, dia akhirnya memutuskan untuk kembali kepada jantina asalnya iaitu lelaki. Trithippnipa menjelaskan bahawa keputusannya itu dibuat selepas enam tahun menjadi wanita. Dia menyedari bahawa dia lebih selesa berpakaian seperti lelaki, mengekalkan rambut pendek dan bertubuh maskulin.
Untuk rekod, Trithipnipa kini aktif dengan nama “ARM” dan meneruskan kerjayanya sebagai model, penari dan pencipta kandungan.
Sebelum ini, Trithipnipa pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Chairat Vee Jailek pada tahun 2014 dan kini tiada rekod sama ada mereka masih berkahwin atau tidak.











