Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Achey Terharu MV Lagu ‘Sakit’ 2 Juta Tontonan Dalam Seminggu

by Khai Azfar
December 30, 2019
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru sahaja dilancarkan pada 20 Disember lalu, lagu dan muzik terbaru nyanyian Achey yang berjudul Sakit menerima reaksi dan diterima cukup positif daripada peminat.

Trending Di YouTube 

Buktinya, kurang 24 jam dilancarkan, lagu dan muzik video (MV) Sakit nyanyian Achey menduduki tangga keempat di carta trending di YouTube. Malah sehingga ke artikel ini ditulis, lagu tersebut kini berada di tangga pertama carta trending dan mencapai hampir 3 juta tontonan.

View this post on Instagram

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

Terharu dengan sambutan yang diterima menurut Achey 33, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata ketika ditemui Murai.my berkata lagu ini punyai kekuatan tersendiri apatah lagi turut melibatkan sedikit sebanyak sejarah kehidupannya dan rakan komposer nya, Shuk Aziz itu.

“Lagu ini sebenarnya daripada kisah sebenar, dari rakan saya Shuk Aziz. Saya cuma ‘twist’ sedikit dengan penceritaan saya. Dia menangis di saat lagu ini ‘meletup’. Niatnya pada mula hanya sekadar ingin menempatkan nama dikalangan komposer muda dan siapa sangka lagu ini diterima ramai. Alhamdulillah nama dia ada pada lagu saya. Bila dah sampai dua juta ini, bukan rezeki saya seorang sahaja tetapi juga rezeki isteri dan anak saya termasuk Shuk sendiri”

Mahu Jadi Penghibur 

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai impiannya selepas ini bagi Achey dia tidak meletakkan sasaran terhad untuk sekadar menjadi penyanyi dan pelawak sebaliknya mengimpikan kerjaya sebagai seorang penghibur. Mengambil inspirasi dari idolanya, Allahyarham Harun Salim Bachik, dedah Achey arwah pernah berpesan padanya suatu ketika dahulu.

“Saya meletakkan diri saya sebagai seorang penghibur. Arwah Harun Salim Bachik, orang yang mula-mula mencungkil bakat saya pernah berpesan ‘Kalau kau nak senang,jangan letakkan hanya pada satu perkara secara umum’. Saya berpegang pada kata-katanya sehingga ke hari ini dan Alhamdulillah saya dah berjaya. Saya berterima kasih pada arwah”

YouTube video

Sebagai rekod, Achey juga merupakan artis pertama naungan Seventeen Eleven Music yang berjaya mencapai rekod 2 juta tontonan dalam masa seminggu tanpa sebarang gimik mahupun kontroversi panas.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Fad Bocey Mengaku ‘Barai’ Lihat Jasad Arwah Abam-"Separuh Sayap Saya Hilang Sejak Hari Itu"
achey boceyachey sakit
https://lomp.at/zr7xa
Share13Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara