Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Pendapatan RM287,000 Setiap Seminit, Jom Kenali Keluarga Terkaya Di Dunia Ini

by Phic ARMAN
December 30, 2019
193
KONGSIAN
Share on Facebook

Anda mungkin tidak tahu siapa keluarga terkaya di dunia. Inilah dia, Walton Family, pemilik pasar raya Walmart. Memang tiada di Malaysia tapi popular di Amerika Syarikat.

Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, keluarga ini boleh menghasilkan wang US$ 70,000 (RM287,000) per minit, US$ 4 juta sejam, dan US $100 juta sehari atau RM400 juta sehari!

Melihat pendapatannya yang hebat, tidak hairanlah bahawa keluarga ini menduduki kedudukan pertama sebagai keluarga terkaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada bulan Jun 2018, kekayaan keluarga ini mencapai US$ 39 bilion, tetapi pada tahun 2019 ia meningkat lebih dari 3 kali ganda kepada US$ 191 bilion. Ini membuktikan, keluarga Walton US$ 90 bilion lebih kaya daripada orang terkaya di dunia Jeff Bezos.

Walmart sendiri ditubuhkan pada tahun 1962 oleh Sam Walton di Arkansas, Amerika Syarikat. Sekarang jumlah gerai Walmart telah mencapai 12,000 unit yang tersebar di seluruh dunia. Jumlah jualan tahunan mencapai US$ 500 bilion! Angka ini menjadikan Walmart sebagai peruncit terbesar di dunia.

Sam Walton

Apa kata kita kenal pewaris Sam Walton, atau ahli keluarga terkaya di dunia, dipetik dari Business Insider.

Sam Walton dilahirkan pada 29 Mac 1918, dan bukan dari golongan kaya. Ibu bapanya hanya seorang petani di sebuah kampung di Oklahoma.

Semasa dia membesar dan selepas tamat pengajian dari University of Missouri, Sam menyertai tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II.

Selepas perang berakhir, Sam kemudian berkahwin dengan seorang pegawai bank Helen Robson dan menetap di Arkansas. Di sana dia mendirikan sebuah pasar raya yang dikenali Walmart, sambil menjaga empat anaknya Rob, John, Jim, dan Alice.

Empat anak ini kini memegang 50 peratus kepentingan dalam Walmart.

Rob Walton

Rob Walton merupakan anak sulung Sam Walton. Kini lelaki ini berusia 75 tahun dan dia menyertai Walmart buat pertama kali pada tahun 1969, ketika masih berusia 25 tahun.

Beliau telah memegang pelbagai jawatan penting, bermula dari pengarah naib presiden, setiausaha syarikat, pengerusi, dan lain-lain. Sehinggalah pada tahun 1978 dia menjadi CEO sepenuhnya , walaubagaimana pada tahun 2015 dia memutuskan untuk bersara.

Rob dikeliling harta mewah dalam bentuk rumah dan kereta antik. Rob tinggal di kawasan elit, Paradise Valley Arizona. Salah satu koleksi kereta unik miliknya ialah Couple Daytona, yang hanya ada lima buah dalam dunia ini.

John Walton

Putera kedua Sam Walton adalah John Walton. John telah meninggal dunia pada tahun 2005 silam akibat kecelakaan kapal terbang.

Ketika dia masih hidup, dia pernah bekerja sebagai juruterbang tentera dan ditugaskan semasa Perang di Vietnam. Selepas perang berakhir, ia kembali ke Walmart menjadi juruterbang untuk syarikat.

Semasa dia meninggal, 17% harta kekayaannya diwariskan kepada isteri dan anaknya, dan selebihnya di dermakan untuk kegiatan amal.

Jim Walton

Jim Walton adalah anak ketiga Sam Walton. Apabila John Walton meninggal dunia, dia dipercayai menggantikan John di kerusi tertinggi Walmart. Malah, beliau lebih aktif dalam syarikat Arvest Bank yang juga merupakan syarikat perbankan yang dimiliki oleh Walton Family.

Kekayaan Jim diketahui mencapai US$ 45 bilion.

Alice Walton

Yang paling bongsu dari keluarga terkaya di dunia ini adalah Alice Walton. Berbeza daripada adik-beradiknya yang lain, Alice lebih suka berfokus pada bidang seni daripada perniagaan, walaupun dia juga menyumbang kepada perkembangan Walmart.

Beliau banyak memberi fokus dalam mengumpulkan karya seni dari pelbagai dunia, mulai dari Andy Warhol hingga Picasso. Koleksi seninya kini diramalkan bernilai US$ 500 juta dipamerkan di muzium Bridges Crystal, New York.

Sesuatu hal yang mengejutkan baru-baru ini, apabila dia memutuskan untuk menyumbangkan 3.7 juta saham Walmart ke organisasi Walton Family Foundation. Walau bagaimanapun, jika saham itu dijual kepada orang ramai, harganya adalah sekitar US$ 225 juta.

Itulah lima anggota keluarga terkaya di dunia hari ini. Walaupun semua orang tahu keluarga ini sangat kaya, namun mereka diketahui jarang mendedahkan kekayaan mereka di khalayak ramai, dan aktif dalam pelbagai aktiviti kebajikan.

https://lomp.at/m96bm
Share89Tweet43SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

[GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

by Amirul Fikry
July 15, 2025

Pada 11 Julai 2025 yang lalu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah...

Read more
Inspirasi

“Teringin Nak Ziarah Pusara Mak & Ayah Kat Sana”- Alif Terharu Terpilih Untuk ‘Umrah 1,000 Asnaf’

Bagi Muhammad Alif Ajmal, 35, dari Kampung Pandan, berita bahawa dirinya terpilih untuk menunaikan umrah melalui kempen Umrah 1,000 Asnaf...

Read more
by Phic ARMAN
July 15, 2025
Personaliti

[VIDEO] Dato Seri Vida Sebak Lihat Langit Tertulis Kalimah Allah-“Tu Rumah Wakaf…”

Dato' Seri Dr. Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida (DSV), lahir pada 24 Oktober 1971 di Kelantan,...

Read more
by Amirul Fikry
July 14, 2025
Personaliti

[VIDEO] Mata Berair, Aliff Syukri Terharu Lihat Kejayaan Anak Di Kenali Ramai!

Ammar Ahyan, anak sulung Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, dilahirkan pada 2008 dan kini berusia 17...

Read more
by Amirul Fikry
July 14, 2025
Personaliti

[VIDEO] Tun Hasmah Main Violin Sempena Ulang Tahunnya Yang Ke-99!

Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, dilahirkan pada 12 Julai 1926, ialah isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad,...

Read more
by Amirul Fikry
July 14, 2025
Personaliti

Siapa Sebenarnya Nick Adams Yang Trump Pilih Jadi Duta Amerika Ke Malaysia? Pernah Sindir Taylor Swift?

Beberapa hari lepas, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, umum siapa calon pilihannya untuk jadi Duta Amerika ke Malaysia. Orangnya...

Read more
by Phic ARMAN
July 11, 2025
Personaliti

[VIDEO] “Guna Nama Anak Untuk Shopping” – Siti Nurhaliza Kantoi Banyak Berbelanja Online

Siapa sangka penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, rupa-rupanya aktif berbelanja secara dalam talian? Dalam sebuah video yang...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 10, 2025
Personaliti

[VIDEO] Cara Tengku Permaisuri Selangor ‘Lipat Napkin’ Raih Pujian Rakyat!

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 dalam satu majlis tertutup di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Pasangan...

Read more
by Amirul Fikry
July 10, 2025
Personaliti

[VIDEO] Aksi Anak Datuk Aliff Syukri ‘Ratah Butter’ Buatkan Netizen Terkejut-“Ada Ada Je Baim Ni”

Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala...

Read more
by Amirul Fikry
July 10, 2025
Personaliti

[VIDEO] Ketibaan Tun Mahathir & Isteri Disambut Baik Rakyat Jepun-“Diorang Kenang Jasa Tun”

Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali yang lahir pada 12 Julai 1926 merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri...

Read more
by Amirul Fikry
July 10, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  4. 4

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem