Membuka tirai 2020 dengan khabar gembira, pelakon Izara Aishah telah mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil enam bulan. Menurut Izara, dia hanya bersedia berbuat demikian kerana segala-galanya boleh berlaku pada fasa awal kehamilan dan enggan berkongsi hal peribadi secara terbuka

Impian Jadi Kenyataan 

Jelas menantu penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini pada awalnya dia dan suami, Adib Khalid sememangnya mengimpikan untuk menimang cahaya mata pertama pada 2020 dan ianya bakal menjadi kenyataan.

IKLAN

“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.

“Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.

“Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi,” katanya

Berdoa Dipermudahkan 

Bercakap mengenai pengalaman mengandungkan anak sulung, Izara bersyukur segalanya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang alahan.

Malah dia sempat memenuhi pelbagai undangan acara termasuk majlis perkahwinan sahabat karibnya Farah Nabilah, baru-baru ini. Di kesempatan itu, pelakon Ombak Rindu The Series ini juga mengharapkan agar proses kelahiran anaknya bakal dipermudahkan kelak. Sebagai info, Izara telah berkahwin dengan Adib pada 17 November 2017.