Boss Marvel Sangka Robert Downey Jr. Akan Bawa Nasib Sial

431

Tidak keterlaluan jika Robert Downey Jr. (RDJ) dianggap sebagai perintis yang mengangkat Marvel Studios ke pouncak yang tinggi. Ini kerana filem Marvel Studios yang pertama, yang dibintangi, “Iron Man”, berjaya meraih kejayaan besar apabila ditayangkan pada tahun 2008.

Sampai ke hari ini, mereka berjaya keluarkan 22 filem superhero dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Namun, perjalanan karier RDJ dalam mendapatkan watak superhero bernama Tony Stark itu tidaklah semudah yang disangka.

IKLAN

Difahamkan ramai yang meragui sama ada keputusan Marvel Studios untuk memlih RDJ akan menghasilkan kejayaan.

Kevin Feige Sangka Robert Downey Jr. Akan Bawa Nasib Sial

Baru-baru ini, ketika sesi Q&A di New York Film Academy, Kevin Feige merangkap bos Marvel Studios telah berkongsi cerita mengenai uji bakat dengan RDJ. Beliau berkata bahawa pemilihan pelakon itu adalah satu pertaruhan besar, bahkan berpotensi membawa nasib sial untuk Marvel Studios.

“Ujibakat dia (RDJ) adalah keputusan pertama yang saya buat. Kami tahu, ini (memilih RDJ) akan menjadi hebat (berjaya) atau mungkin ia akan terjun menjadi sampah  paling besar (sial)” kata Kevin Feige.

Sebelum ini, pengarah Ujibakat Marvel Studios, Sarah Finn, juga buka mulut mengenai uji bakat RDJ. Sarah teringat ketika dia pertama kali menguji bakat pelakon RDJ untuk mengambil watak Iron Man.

Sarah Finn berkata bahawa pengarah Jon Favreau adalah individu yang benar-benar mahukan RDJ untuk memegang watak sebagai Iron Man. Sarah mendakwa bahawa pada masa itu semua orang ragu, sehingga akhirnya dia diminta melakukan ujian skrin atau screentest.

Sudah tentu keraguan tentang pemilihan RDJ ini timbul kerana pada masa itu dia bukan seorang pelakon dengan kerjaya cemerlang. Dia terlibat dengan permasalahan yang sukar untuk menjadikannya sebaris dengan pelakon kelas tinggi kerana penagihan dadahnya dan status bekas banduan.

Ini menjadikan Marvel Studios membuat pertaruhan besar. Selain itu, “Iron Man” adalah filem pertama mereka.

“Itu pilihan yang tidak dijangka,” kata Sarah Finn. “Downey akhirnya bersetuju untuk melakukan ujian skrin dari wajahnya padahal ketika  itu kami belum lagi menentukan filem apa yang akan dia bintangi.” katanya kepada TheLily.com

IKLAN