Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Kantoi Cuti Bersama! Hubungan Adele & Harry Styles Mencurigakan

by Phic ARMAN
January 6, 2020
56
KONGSIAN
Share on Facebook

Adele dilihat sedang menikmati percutian sempena tahun baru dengan berkunjung ke pantai Anguilla. Bukan dia sahaja, Adele juga dilihat bersama beberapa rakan rapat, salah satunya adalah Harry Styles.

Baru-baru ini, salah seorang peminat mendapati Adele dan Harry bercuti di Anguilla, dan terus menangkap gambar mereka berdua kemudian dikongsikan ke akaun media sosial. Dalam gambar-gambar yang dikongsi, Adele kelihatan cantik dengan pakaian polka hitam dan putih sambil duduk di tepi pantai. Sementara itu, Harry sendiri kelihatan sangat santai dengan baju dan seluar pendeknya.

Setelah diteliti dengan lebih terperinci, rupanya Adele dan Harry tidak bercuti bersama, tetapi juga dengan rakan-rakan mereka yang lain termasuklah James Corden.

Gambar-gambar percutian Adele dan Harry tak pasal-pasal membuatkan peminatnya teruja dan mencurigakan. Bukan kerana kedua-dua artis popular ini disyaki memiliki hubungan istimewa, tetapi kerana kedua-duanya berkemungkinan akan berkerjasama dalam masa terdekat.

“Dia (Adele) berkata, tahun lepas adalah tahun yang sukar dan dia pernah berkata bahawa mencipta muzik seolah-olah seperti terapi. Anda boleh meneka, dia sudah bersedia untuk berkongsi dengan peminat,” kata satu sumber yang dilaporkan oleh People

Adele diketahui agak tertekan pada tahun 2019 selepas perceraiannya dengan Simon Konecki.

Manakala Harry sendiri diketahui baru sahaja mengeluarkan album solo kedua, “Fine Line”, pada 13 Disember lepas. “Fine Line” juga direkodkan sebagai album pop lelaki paling laris dalam tempoh empat tahun, menurut Billboard.

Oleh itu, tidak hairanlah peminat begitu bersemangat dan berharap Adele dan Harry akan bekerjasama kemudian. Lebih-lebih lagi, kedua-duanya telah tampil bersama ketika Harry masih menjadi sebahagian dari One Direction.

https://lomp.at/zqnbw
Share23Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem