Pemegang rekod kutipan filem paling laris dalam sejarah sebelum ini, Avatar mencuri perhatian apabila pengarahnya, James Cameron telah mengumumkan sekual kedua bagi filem tersebut.

Kongsi Gambaran Sekual Avatar 2 

Sejak diumumkan mengenai perkhabaran tersebut, rata-rata peminat berasa teruja untuk menontonnya apatah lagi mereka sudah lama menantikan sambungan filem pemenang Oscar 2009 itu. Terbaru, tidak mengambil masa yang lama untuk membuat kemunculannya, James telah berkongsi mengenai gambaran Avatar 2 termasuklah mengenai planet Pandora,beberapa tempat dan makhluk Avatar.

IKLAN

Kereta Mercedes-Benz Tarik Perhatian 

Sebanyak 5 gambaran telah dikongsi dan yang menarik perhatian sudah tentu sebuah kereta Mercedes-Benz yang diinspirasikan dari ilhamnya.

Sejak ditayangkan pada 2009, filem kedua Avatar bakal ditayangkan pada tahun 2021 serta diikuti dengan tiga lagi sekualnya pada 2023, 2025 dan 2027. Sebagai rekod, sebelum ditumpaskan oleh Avengers: Endgame sebagai filem yang mendapat kutipan paling tinggi dalam sejarah, Avatar juga telah berjaya meraih tiga anugerah di Academy Award.