Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

“Dia Kawan Artis Pertama Saya”- Aina Abdul Dedah Pesanan Indah Ruhaila

by Khai Azfar
January 17, 2020
49
KONGSIAN
Share on Facebook

‘Sumpahan’ yang menjadi dari penyanyi Aina Abdul apabila lagu pertaruhannya, Sumpah berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu (34) yang akan berlangsung pada 9 Februari hadapan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Indah Titip Pesanan 

Mengimbas kembali kenangan dan detik sewaktu ‘Sumpah’ diumumkan sebagai 12 lagu yang layak ke AJL34, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani,27 mendedahkan penyanyi Indah Ruhaila sempat menitipkan pesanan buatnya. Kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Indah, menurut Aina pelantun Pudar itu juga merupakan kawan artis nya yang pertama sejak menceburkan diri di dalam industri hiburan.

” Saya sebelum ini tidak mempunyai kawan artis. Pertama kali saya berjumpa dengan Indah ketika di sebuah acara yang saya buat persembahan,dia datang bertegur sapa dengan saya. Sehingga kini dia menjadi kawan saya dan merupakan kawan artis pertama.

Saya masih ingat Indah ada berbisik pada saya, ‘Hey girl do your best. I’m rooting for you. Aim for vokal terbaik'” dedah Aina ketika ditemui Murai.my di sidang media AJL34 baru-baru ini.

Berasa terharu dan terkejut, Aina berkata dia tidak menyangka bahawa ramai pihak termasuk peminat turut meletakkan harapan yang besar untuk melihatnya pergi lebih jauh.

Sudah Bersedia Beraksi Di AJL34

Bercakap mengenai persiapannya menjelang AJL34, dia sudah 70% bersedia untuk membuat persembahan di anugerah berprestij itu.

Memandangkan ini adalah impian dan kemunculannya buat pertama kali di AJL, bekas Naib Juara Mentor Legend 2014 ini bakal menjanjikan sesuatu buat peminat-peminatnya kelak.

“Persiapan saya setakat ini dalam 60-70% sudah selesai. Lebihan itu adalah persediaan mental dan vokal saya sendiri. Dari segi penampilan, saya bahagikan mengikut kumpulan untuk menjaga pakaian dan make up saya.

Ini adalah impian yang saya nanti-nantikan sebelum ini. Untuk mendapat peluang ini bukanlah mudah apatah lagi dipilih diantara 30 buah lagu yang terbaik. Saya tak nak cakap lebih-lebih cuma saya tak nak sia-siakan peluang ini. Terima kasih buat semua yang memberi sokongan pada saya selama ini”

Mengenai AJL34, nama-nama besar seperti Ernie Zakri, Hafiz Suip dan Aina sendiri antara yang disebut-sebut mampu merangkul anugerah vokal terbaik bagi edisi kali ini. Adakah ramalan ini bakal menjadi realiti? Sama-sama kita nantikan!

[VIDEO] Gelagat Peminat Cilik Aina Abdul Menyanyi Lagunya, Curi Perhatian Netizen!
aina abdulindah ruhaila
https://lomp.at/2em75
Share21Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem