Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Sasha Saidin Selamat Bernikah Dengan Usahawan

by Khai Azfar
January 21, 2020
138
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam majlis yang serba sederhana, penyanyi Sasha Saidin telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya malam tadi di The Sanctuary, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Selamat Bernikah 

Hanya dengan sekali lafaz, anggota kumpulan Elite itu telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Sirhan Wahab pada jam pukul 9.28 malam tadi yang dinikahkan oleh adik Sasha sendiri yang juga pelakon, Zain Saidin sambil disaksikan oleh datuk mereka, Zainal Abidin Ismail.

Serba Sederhana 

Menerima mas kahwin berupa wang tunai RM1,000 dan tiga dulang hantaran, pihak Sasha turut berbalas dengan lima dulang.

Sebagai info, ini merupakan perkahwinan ketiga Sasha. Terdahulu, penyanyi ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner di London pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan bersama Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Sasha dan Sirhan merupakan kenalan sejak zaman persekolahan dan kembali akrab sejak tahun lalu. Sirhan juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
sasha saidin
https://lomp.at/n6dh3
Share58Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem