Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Aliff Syukri Sumbang RM500,000 Bantu Golongan Asnaf & Selebriti

by Khai Azfar
January 21, 2020
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi tahun 2020, usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri mengambil pendekatan untuk terus membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Aliff Titip Pesanan 

Mengimbas kembali kesusahan yang dihadapinya suatu ketika dahulu, Aliff turut berpesan buat orang ramai terutamanya golongan selebriti untuk berfikir mengenai masa hadapan seperti mula menabung dari sekarang.

“Kalau boleh saya nak nasihatkan golongan selebriti, ketika nama memuncak naik simpanlah duit secukupnya. Kadang-kadang jangka hayat seseorang artis itu dalam industri tidak bertahan lama. Tahun ini nama dia naik, esok lusa mungkin nama dia dah dilupakan.

“Bila kita dah susah, memang orang tak pandang. Saya pun sentiasa ingatkan diri saya agar sentiasa simpan duit. Bila kita ada nama orang baharu nak dekat dengan kita, kalau kita susah banyak yang menghilang,”

Umum Projek Terlajak Kasih 

Di kesempatan itu, Aliff ketika ditemui Murai.my di majlis aqiqah dan kesyukuran anak kelimanya, Raudhah Arshiyah yang berlangsung di kediamannya di Kota Damansara, baru-baru ini turut mengumumkan akan tampil dengan satu lagi akiviti kebajikan.

Menerusi projek Terlajak Kasih, usahawan popular ini akan membantu golongan asnaf termasuk daripada kalangan selebriti yang mengalami kesukaran dan kesempitan hidup dengan menyumbang sebanyak RM300,000 hingga RM500,000 setiap tahun dalam projek tersebut.

“Projek ini baharu sahaja saya lancarkan setelah mengadakan perbincangan dengan Lembaga Zakat Selangor yang menggalakkan kami memberikan agihan terus kepada golongan asnaf. Terlajak Kasih ini juga akan membantu selebriti yang memerlukan”

Antara selebriti terawal menerima bantuan tersebut adalah selebriti veteran yang juga balu kepada Allahyarham M.Rajoli, Wan Chik Daud dan Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] "Saya Ada Taktik Baru" - Gelagat Ammar Tayang Iklan Datin, Elak Tunjuk Demo Cuit Hati Netizen
aliff syukri
https://lomp.at/1tu5a
Share28Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem